Jangan Terkeliru Dengan Jadual, Masih Ada Masa Untuk Membuang Undi – Sharkar

PEKAN, 4 JULAI – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri  Mohd Sharkar Shamsudin berharap pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini tidak terkeliru dengan jadual untuk membuang undi dan mereka masih ada masa untuk melakukannya sehingga pukul 5.30 petang.

Ini kerana menurut beliau terdapat sedikit kekeliruan berhubung soal berkenaan apabila ada pengundi yang terlepas waktu  dijadualkan untuk membuang undi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

sedikit kekeliruan kepada pengundi…mereka bimbang maksudnya apabila mereka sepatutnya mengundi pukul 10 sebagai contoh, dia iangat tidak payah mengundi dah…sepatutnya tidak perlu buat jadual kerana mengundi ini hak masing-masing tetapi  dimaklumkan begitu ada sedikit kekeliruan.

“Kita nasihatkan dan sarankan mereka hanya tidak boleh keluar mengundi selepas pukul 5.30 petang. Kita ada beberapa jam sahaja lagi dan  kepada pengundi di DUN Chini, inilah masa untuk tunaikan kerana kita selalu cakap soal salah undi  Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, salah pilih dan sebagainya.

“Ini kita mesti praktikkan apa yang telah kita katakan dan penyokong kuat BN pun mesti keluar mengundi juga kerana kalau kita tidak keluar mengundi jadi peratus mengundi akan menjadi sedikit maka majoriti yang kita cari itu tidak dapat,” katanya di sini, hari ini.

Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang seterusnya menambah jentera parti akan sedaya upaya untuk terus membawa keluar pengundi untuk membuang undi sebelum pusat pengundian ditutup.

“Kita ada beberapa jam sahaja lagi…dengan koordinasi JR serta jentera tempatan dan sebagainya, kita mengenalpasti berapa lagi mereka  yang belum keluar dan ini yang akan kita terus kenalpasti dalam usaha mencapai sasaran kita. Insya Allah,” ujarnya- UMNO Online.

Oleh : Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.