Categories: Berita Utama

Mohd Sharim Calon Akar Umbi, Suara Hati Rakyat – Johari


PEKAN, 21 Jun – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata pemilihan Mohd Sharim Md Zain sebagai calon Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini adalah satu keputusan yang tepat dibuat oleh pucuk kepimpinan parti.

Kata ADUN Tioman itu, ini menunjukkan parti sentiasa mendengar suara hati rakyat dan mengiktiraf peranan generasi muda yang banyak berbakti di dalam aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia serta berkhidmat untuk masyarakat setempat.

“Saya menyambut baik atas kepercayaan yang diberikan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan tidak dilupakan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Najib, Ketua UMNO Bahagian Pekan yang telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Saudara Sharim sebagai calon N.23 Chini.

“Dan ini satu perkara yang amat membanggakan kami anak-anak muda khususnya di DUN Chini kerana kepercayaan yang diberikan ini sudah pasti akan disambut baik oleh calon sendiri selaku Ketua Pemuda Cawangan di tempat beliau dan juga banyak terlibat dengan NGO-NGO di peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya kepada UMNO Online, selepas acara ‘flag off’ motorsikal lasak di Bandar DARA, Chini, di sini hari ini.

Seterusnya, ujar Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang itu lagi, Mohd Sharim adalah calon dari akar umbi.

“Dan saya selaku Exco Belia dan Sukan, NGO dan Sumber Manusia amat berterima kasih kepada pihak yang telah memberi kepercayaan dan saya telah diberi maklum oleh pengerusi perhubungan negeri bahawa calon ini juga suara hati rakyat di DUN Chini ini sendiri,” katanya yang mendoakan kejayaan di pihak BN.

Johari juga berharap agar selepas ini lebih ramai anak muda akan diketengahkan oleh parti.

“Dan kita berdoa mudah-mudahan calon ini mendapat kejayaan dalam pilihan raya ini dan kami juga berdoa anak muda terus diberi mandat sebegini untuk menjadi contoh dan tauladan kepada tempat-tempat yang lain dalam usaha kita mendepani nusa dan bangsa, demi agama dan negara,” ujarnya.

PRK DUN Chini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN diwakili Mohd Sharim dengan dua orang calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

Mohd Sharim, 41, generasi kedua Felda merupakan Naib Presiden Majlis Belia Pahang dan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan selain Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Felda Chini 3 Berkat.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Abu Bakar pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana serangan jantung.

SPR menetapkan semalam hari penamaan calon dan hari pengundian biasa pada 4 Julai manakala pengundian awal pada 30 Jun ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065). – UMNO ONLINE

Oleh: Zylan Mohamed

Recent Posts

Mengapa Ahli Parlimen PH Minta Menteri Ketepikan Prosedur Data Dan Sains?

Saya berpandangan sesiapa yang bukan doktor, jauh dari pakar perubatan penyakit - eloklah akur kepada…

7 jam lalu ago

UMNO Bukan Hanya Tahu Kritik… Banyak Cadangan Diberi Demi Rakyat, Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan…

7 jam lalu ago

34 Lokaliti Di Lima Negeri Dikenakan PKPD Mulai Khamis Ini – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34…

9 jam lalu ago

Tiada Tindakan Disiplin Terhadap Pegawai Kesihatan Terlibat Hartal – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana doktor atau…

10 jam lalu ago

Jangan Cemuh Liu Ying-Peng Soon – Reezal Merican

TOKYO, 27 Julai - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, kecewa…

10 jam lalu ago

Mungkin Ada Sebab UMNO Tidak Dimaklum Pembatalan Ordinan Darurat – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki…

11 jam lalu ago

'Sambung Yang Tergendala'