Pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik Bukti Komitmen Kerajaan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik hari ini membuktikan komitmen Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk terus membantu rakyat dalam apa jua keadaan dan tetap komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob.

Sehubungan itu, beliau yang juga  EXCO kerajaan Negeri Kedah bagi Tenaga , Bekalan Air  & JKR merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang begitu prihatin terhadap polemik berkaitan bil elektrik yang melanda negara dan khususnya di negeri Kedah.

“Kak Su juga ingin berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta Suruhanjaya Tenaga yang telah sudi duduk dengan kami di Tenaga Nasional Berhad untuk sama-sama menyelesaikan polemik ini.

“Kak Su amat berharap dengan peruntukan sebanyak RM 942 juta dalam Bantuan Prihatin Elektrik ini dapat memberi kelegaan dan meringankan beban kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya di negeri jelapang padi yang terkesan dengan polemik ini,” katanya lagi dalam kenyataan hari ini. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit