Categories: Berita Lain

COVID-19: Kes Baharu Kembali Dua Angka, Kes Sembuh Catat 80 Peratus

PUTRAJAYA, 5 Jun – Jumlah jangkitan kes positif COVID-19 baharu yang dilapor hari ini kembali turun kepada dua digit iaitu 19 kes dengan sembilan kes melibatkan warganegara Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, terdapat satu kes kematian hari ini selepas 13 hari berturut-turut tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 116 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, katanya.

Dr Noor Hisham berkata daripada 19 kes baharu, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara manakala sembilan kes membabitkan warganegara Malaysia.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,266 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini.

Kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini ialah 51 kes menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 6,610 kes iaitu 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BERNAMA

Recent Posts

RKMAT Bukit Jalil Kejayaan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari MINDEF

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Pelancaran Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Taman LTAT…

8 min lalu ago

KPT Hasilkan 50,000 Usahawan Sepanjang 2020 – Noraini

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghasilkan hampir 50,000 usahawan dalam kalangan…

10 min lalu ago

Kemampuan Malaysia Manfaatkan Teknologi Baharu Penting Bagi Pemulihan, Daya Tahan

JOHOR BAHRU, 7 Dis - Kemampuan Malaysia untuk memanfaatkan teknologi baharu berperanan penting dalam memastikan…

16 min lalu ago

Perarakan Kavadi, Chingay Tidak Dibenarkan – Halimah

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi perayaan Thaipusam dan…

20 min lalu ago

Mesyuarat UMNO Medan Perbincangan Terbaik… Platform Tumpu Agenda Parti – Raimi

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raimi Unggi melihat mesyuarat UMNO…

31 min lalu ago