Gunakan Kesempatan Serta Menghayati Kemenangan Syawal – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada tahun ini rakyat Malaysia menyambut lebaran dengan seribu kelainan.

Katanya, tiada ziarah menziarahi, tiada salam berjabat tangan, tiada peluk erat pengikat silaturahim. Malah, tiada rumah terbuka seperti lazimnya dan ini sesuatu yang tidak pernah sangka akan terjadi.

Jelas beliau, namun… kemeriahan dan warna-warni Aidilfitri tetap wajar diraikan. Dengan kesederhanaan, dengan saling memohon dan memberi kemaafan tulus ikhlas.

“Gunakan kesempatan ini untuk benar-benar menghayati kemenangan Syawal dengan membanyakkan takbir, tasbih dan tahmid.

“Yang penting, patuhilah segala arahan dan prosedur yang telah ditetapkan pihak berkuasa,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Tambah Khaled lagi, semoga dalam segala kekurangan dan sekatan yang ada, kita sedar betapa rahmat dan nikmat Allah SWT kepada kita tidak pernah terhitungkan. Semoga kita semua diberkati olehnya.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada saya dan keluarga,” ujarnya – UMNO Online