Categories: Berita Utama

_Jumlah Kes Baharu 31, Pulih 60 Dan Tiada Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 20 Mei – Terdapat 31 lagi kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif mencecah 7,009 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,189 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ingin dimaklumkan daripada 31 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 21 kes adalah penularan tempatan dengan 10 kes adalah bukan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Sebanyak 60 kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenar discaj dari wad direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu kini 5,706 kes (81.4 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata bilangan kes pulih adalah hampir dua kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 114 kes atau 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BERNAMA

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

5 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

5 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

5 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

7 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

9 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

10 jam lalu ago