Masa Depan Perikatan Nasional: UMNO Tidak Pernah Tutup Pintu Rundingan

 

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO tidak pernah menutup pintu untuk duduk di meja perundingan bagi menentukan kedudukan sebenar Perikatan Nasional (PN) bagi masa hadapan.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam satu wawancara khas sempena ulang tahun Hari UMNO ke-74 dengan topik ‘Menelusuri Perubahan Lanskap Politik Alaf Baru’ yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online, Ahad malam.

Ujarnya, ini berikutan kerajaan PN sekarang ini didokong oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO, Barisan Nasional (BN) dan lain-lain parti.

“Soal di hadapan kita ini ialah Perikatan Nasional ini mahu didaftarkan sebagai sebuah parti gabungan pelbagai parti-parti yang lain. UMNO mengambil pendirian dan ini menjadi satu keputusan kepada Majlis Tertinggi bahawa dokongan kita kepada Perikatan Nasional sekarang adalah merupakan dokongan ahli-ahli Parlimen UMNO kepada kerajaan Perikatan Nasional.

“Namun kita tidak pernah menutup pintu untuk duduk di meja perundingan bagi menentukan tentang bagaimana duduk sebenarnya Perikatan Nasional ini kelak,” katanya lagi.

Di dalam konteks Muafakat Nasional, tambah Ahmad Zahid, apa yang telah diperbincangkan dengan PAS, UMNO akan terus bersama dengan Muafakat Nasional kerana ia adalah sebuah memorandum persefahaman serta hubungan ruh politik UMNO dan PAS yang tetap kukuh.

Sebagaimana maklum katanya, kerajaan PN ditubuhkan adalah kerana kerajaan terdahulu, iaitu Pakatan Harapan (PH) runtuh.

“Atas keruntuhan itulah maka Ahli-ahli Parlimen UMNO, BN bersama PAS serta rakan-rakan Friends of BN dan juga beberapa rakan daripada parti lain yang mempunyai Ahli Parlimen memberikan dokongan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

“Hakikat politik ini adalah sesuatu yang baharu, tidak pernah dirasai oleh UMNO. Dulu kita pernah menjadi kerajaan yang dominan, selepas itu selama 22 bulan kita jadi pembangkang, dan kini tahap ketiga kita menjadi sebahagian daripada kerajaan. – UMNO ONLINE

Recent Posts

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

2 jam lalu ago

Tolak Retorik Pembangkang… PRN Johor Peluang Rakyat Stabilkan Kerajaan Negeri – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat kenyataan bekas…

9 jam lalu ago

PRN Johor: MB Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

PONTIAN, 29 Jan - Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding…

10 jam lalu ago

Adakan Pilihan Raya Negeri Selari Dengan Aspirasi Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Jan - Tindakan kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan…

10 jam lalu ago