Categories: Berita Lain

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 10 Pagi, 11 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan dakwaan bahawa pergerakan antara daerah di negeri Sarawak tidak memerlukan kebenaran pihak polis seperti yang tular di media sosial. Beliau menjelaskan Sarawak masih menguatkuasakan larangan pergerakan antara daerah dan pihak polis akan terus mengadakan sekatan jalan raya di sempadan daerah.

2. Pihak Pengurusan Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) Shah Alam, Selangor menafikan dakwaan bahawa kelab tersebut dikuarantin susulan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan ahlinya.

GGCC menegaskan tiada ahli kelab tersebut yang positif COVID-19. Kelab Itu menjelaskan sejak ia dibuka semula pada 6 Mei lalu pihaknya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan sosial dan membersihkan premis serta peralatan bagi menyediakan persekitaran yang selamat. – BERNAMA

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

4 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

4 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

5 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

6 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

8 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

10 jam lalu ago