Isu Pendatang China… Tubuh RCI Dan Heret Pengkhianat Negara Ke Muka Pengadilan – Fairuz

KUALA LUMPUR, 27 April – Dalam keadaan rakyat sedang hangat memperkatakan tentang isu Rohingya, jangan pula lupa tentang isu pendatang China yang masuk ke negara ini sebagai pelancong tapi tidak ada rekod keluar, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin.

Katanya, tujuan etnik Rohingya ke Malaysia adalah jelas ingin meminta perlindungan ‘suaka politik’ disebabkan penindasan yang dilakukan oleh kerajaannya tetapi berbeza dengan warga China.

“Motif dan tujuan kemasukan mereka ke negara ini adalah jelas… tidak lain tidak bukan untuk tujuan ‘survival’ disebabkan penindasan dan pembersihan etnik. Atas faktor itulah, mereka beramai-ramai lari masuk ke negara ini.

“Tetapi… ini berbeza dengan lambakan warga China yang berpusu-pusu masuk ke negara ini. Apakah tujuan mereka? Apakah motif mereka? Adakah tujuan mereka masuk ke Malaysia? Inilah menjadi persoalan sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya dalam memikirkan soal keselamatan masing-masing.

“Apa yang lebih menggusarkan, pendatang China ini turut mempunyai kekuatan ekonomi (duit) yang lebih memudahkan mereka untuk kekal lama di negara ini. Misalnya seperti kes-kes pembelian kad pengenalan dan pasport palsu yang dikatakan mencecah RM400,000 seperti yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Menurut Fairuz lagi, ini belum lagi menyentuh soal jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh pendatang China ini yang seolah-olah mahu menjadikan Malaysia sebagai hub jenayah siber antarabangsa dan pastinya akan memberi imej buruk kepada Malaysia sebagaimana susulan kes penangkapan kira-kira 1,000 orang pendatang China di Cyberjaya yang dikatakan melakukan sindiket penipuan online.

“Kerajaan perlu menubuhkan RCI untuk menyiasat kes ini secara terperinci. Gempur habis-habisan dan heret perasuah dan pengkhianat negara yang menjadi dalang kepada sindiket warga asing ini ke muka pengadilan.

“Ini dikhuatiri akan meningkatkan lagi kewujudan sindiket-sindiket penjualan IC palsu yang pastinya akan mencanak naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan hanya untuk memenuhi tuntutan pelanggan,” ujarnya.

Dilaporkan, menurut Jabatan Audit Negara (2018), 76,258 (95.6%) daripada pendatang China ini tidak ada rekod keluar selepas memasuki negara ini dan kebanyakan warga China ini masuk sebagai pelancong dan diberi pas lawatan sosial selama 30 hari tetapi selepas 30 hari, mereka tidak pulang ke China malah terdapat kes yang salah guna visa dengan bekerja di pusat hiburan atau menjadi pekerja seks, katanya.

Tambahnya lagi, pihak Imigresen juga perlu memastikan sistem baru iaitu ‘Imigration Integrated System’ yang sedang dibangunkan ini benar-benar efektif dan tidak boleh dimanipulasi seperti sistem lama, MyIMMs.

“Pencegahan melalui teknologi merupakan medium paling efektif yang digunakan oleh kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia,” tegasnya.

Berikut adalah penipuan yang dilakukan oleh warga China di Malaysia.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/630513/amp

https://www.bharian.com.my/node/623132/amp– UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit