Categories: Berita Lain

COVID-19: 95 Kes Pulih, 40 Kes Baharu Dan Satu Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 27 April – Angka kes pulih COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif apabila mencatatkan jumlah dua kali ganda daripada bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 95 kes yang pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih adalah sebanyak 3,957 kes atau 67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jumlah kes positif baharu pula terus mencatatkan angka dua digit iaitu 40 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes, kata beliau.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian berkaitan COVID-19 di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 99 kes, atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BERNAMA

Recent Posts

Takut Bayang-Bayang Sendiri… Ada Pihak Cemas Kebangkitan BN – Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan keputusan…

5 min lalu ago

RKMAT Bukit Jalil Kejayaan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari MINDEF

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Pelancaran Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Taman LTAT…

23 min lalu ago

KPT Hasilkan 50,000 Usahawan Sepanjang 2020 – Noraini

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghasilkan hampir 50,000 usahawan dalam kalangan…

25 min lalu ago

Kemampuan Malaysia Manfaatkan Teknologi Baharu Penting Bagi Pemulihan, Daya Tahan

JOHOR BAHRU, 7 Dis - Kemampuan Malaysia untuk memanfaatkan teknologi baharu berperanan penting dalam memastikan…

31 min lalu ago

Perarakan Kavadi, Chingay Tidak Dibenarkan – Halimah

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi perayaan Thaipusam dan…

35 min lalu ago

Mesyuarat UMNO Medan Perbincangan Terbaik… Platform Tumpu Agenda Parti – Raime

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi melihat mesyuarat UMNO…

46 min lalu ago