COVID-19: Semua Wakil Rakyat UMNO Terengganu Potong Sebulan Gaji Untuk Tabung Bantuan

KUALA LUMPUR, 29 Mac – UMNO Terengganu hari ini melancarkan  tabung bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada rakyat di negeri itu yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan berikutan wabak COVID-19.

Dalam satu kenyataan, UMNO Terengganu mengajak orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta untuk turut tampil menyumbang kepada tabung tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan kepada :

UMNO TERENGGANU
800 6588 666
CIMB BANK

Menurut kenyataan itu, buat permulaan semua wakil rakyat UMNO di negeri itu bersetuju untuk menyumbangkan sebulan gaji kepada tabung tersebut.

“Tabung ini akan tamat setelah Perintah Kawalan Pergerakan dihentikan,” katanya.

Segala pertanyaan, boleh berhubung dengan Setiausaha Kerja UMNO Negeri UMNO, Razali Bidin
di talian 019-9847886.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.