Zahid Rakam Takziah Petugas Op COVID-19 Pitam Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan salam takziah kepada anggota keluarga Koperal Mohd Masri Maguni yang telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas dalam operasi COVID-19 hari ini.

“Mari kita seluruh rakyat Malaysia ucapkan terima kasih atas pengorbanan tinggi mereka berada di barisan hadapan dalam mendepani COVID-19 ini. Al fatihah buat arwah Koperal Mohd Masri,” katanya.

Dilaporkan, Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas meninggal dunia pada jam 5.20 pagi tadi, selepas tiga hari menerima rawatan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, anggota polis terbabit dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika menjalankan tugas Op COVID-19.

Allahyarham yang ketika itu mengalami kebas kaki, tangan dan pening kepala dikejarkan ke HSB selepas terjatuh di lokasi kejadian jam 4 petang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.