Presiden UMNO Berjiwa Besar Tapi Perlu Ada Dalam Kepimpinan Kerajaan Baharu

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat terbuka dan berjiwa besar dengan meletakkan negara di hadapan dan bukannya pangkat menjadi tumpuan, namun apa keadaan sekalipun Presiden UMNO perlu berada di dalam barisan baru kabinet negara yang bakal diumum tak lama lagi.

Jelasnya, Keperluan penglibatan secara lansung Presiden parti di dalam kepimpinan kabinet baru tidak boleh di sangkal kerana selepas ini fasa-fasa baru negara amat mencabar di samping rakyat sedang menantikan apakah yang bakal ditawarkan oleh kerajaan baru Perikatan Nasional.

“Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menawarkan diri untuk tidak dicalonkan ke dalam barisan kabinet baharu yang bakal dibentuk dan  penyataan terbuka ini membawa gambaran bahawa Datuk Seri Presiden UMNO amat terbuka dan berjiwa besar dengan meletakkan negara di hadapan dan bukannya pangkat menjadi tumpuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebarang kekurangan dan kelemahan kerajaan baru akan menjadi bahan momokan bahkan tudingan jari kesalahan ke atas semua parti yang berada di Perikatan Nasional yang UMNO dan BN juga di dalamnya.

“Justeru, apa keadaan sekalipun Presiden UMNO perlu berada di dalam barisan baru kabinet negara yang bakal di umum di dalam waktu singkat sebagai mengambil tanggungjawab di atas mandat baru kepimpinan negara melalui perkenan Yang Dipertuan Agong serta harapan semua rakyat Malaysia.”

Apapun katqnya, selaku Pengerusi UMNO Negeri Kedah serta juga bersama aspirasi ahli-ahli akar umbi melihat betapa Presiden perlu berada bersama arus perdana kepimpinan negara.

“Inilah kefahaman akar umbi parti yang diwakili oleh lebih 3 juta ahli dan parti yang membawa bersamanya 43 kerusi di atas nama Barisan Nasional mengunjangi Perikatan Nasional.”

Terdahulu beliau berkata, sejak penghujung Februari dan awal Mac, negara melalui fasa-fasa kemelut negara dengan cukup berhemah walaupun dipenuhi kegentingan dan cabaran.

“Rakyat Malaysia menjunjung kasih kepada bawah Duli Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di atas kebijaksaan penyelesaian kemelut yang melanda.

“Alhamdulillah PM-8 telah dilantik dan sedang memimpin pemerintahan negara. Pastinya juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedang menyiapkan satu barisan kabinet yang mantap dalam kerajaan baru Perikatan Nasional yang amat dinantikan rakyat.” – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.