Categories: Berita Utama

Kita Masih Satu Keluargakan Tun? – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun apa yang berlaku dalam politik hari ini, UMNO dan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh lagi dianggap sebagai keluarga.

Annuar mengeluarkan kenyataan meredakan perselisihan antara Perikatan Nasional dengan Dr Mahathir yang kini kembali menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Jangan terlalu gembira berlebihan, kita masih satu keluarga (dengan Dr Mahathir). Ini satu proses biasa.

“Yang penting segala-galanya berjalan dengan baik, jangan terlampau teruja. Ke hadapan banyak lagi untuk membantu Perdana Menteri. Rakyat dan negara kena diutamakan,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Istana Negara hari ini mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan mengatasi Dr Mahathir yang dicalonkan oleh PH.

Mengulas lanjut Annuar berkata, kejayaan Muhyiddin dan Perikatan Nasional membentuk kerajaan haruslah disyukuri kerana ia telah berjaya menghentikan pergolakan politik yang melanda negara sejak minggu lalu.

“Yang penting masalah pelantikan Perdana Menteri ini selesai mengikut peraturan dan Perlembagaan, rakyat tidak lagi dalam keadaan tertanya dan yang lain-lain, biarlah Presiden parti maklumkan,” katanya. – MalaysiaGazette

Recent Posts

Fasa 5, 6 Sektor Sukan Dan Rekreasi Masih Tidak Dapat Dilaksana – KBS

KUALA LUMPUR, 1 Okt - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum bersedia untuk melaksanakan…

4 hours ago

Empat Lagi Kluster Baharu Dikenal Pasti Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Okt - Empat kluster baharu COVID-19 dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Meru…

4 hours ago

COVID-19: Program Libatkan Ketua Menteri Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Exco Ditangguhkan

MELAKA, 1 Okt - Segala program melibatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali,…

5 hours ago

Penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 1 Okt - Semua Mesyuarat/Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian ditangguhkan serta-merta,…

5 hours ago

Kawalan Rentas Daerah Di Sabah Mulai 3 Okt – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 1 Okt - Kerajaan akan melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah mulai…

6 hours ago

Hala Tuju Parti Diperhalusi Di Biro Politik Dan MT UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hala…

8 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda