Dah Jadi Kerajaan Tapi PH Tak Berubah, Lebih Utamakan Individu Dari Rakyat – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Exco Pergerakan Pemuda, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris membidas Pakatan Harapan (PH) yang rata-ratanya dari PKR ekoran perangainya masih tidak berubah biarpun sudah menjadi kerajaan.

Bagi mereka, katanya, individu politik seperti Anwar Ibrahim yang membawa barah kepada negara adalah keutamaan mereka.

“Anwar sering bercakap tentang ‘rule of law’ dan akhirnya dia sendiri tidak menghormati kedaulatan undang-undang. Pemimpin seperti inikah yang mahu diangkat sebagai Perdana Menteri?

“Bagi mereka… individu politik seperti Anwar Ibrahim yang membawa barah kepada negara adalah keutamaan mereka. Bukannya rakyat, ekonomi dan pembangunan negara tetapi ialah Anwar Ibrahim,” katanya dalam hantaran pendek di facebook, hari ini.

Justeru, rakyat perlu sedar siapakah Anwar Ibrahim ini dan wajib menolak pemimpin tersebut.

Berikut adalah tindakan-tindakan Anwar Ibrahim membantah SOSMA dalam kes LTTE dan campur tangan dalam kes Wan Ji:

https://www.sinarharian.com.my/article/51924/BERITA/Nasional/[DIKEMASKINI]-LTTE-Anwar-tidak-setuju-polis-guna-SOSMA
https://m.malaysiakini.com/news/483111
https://www.facebook.com/1548685092013795/posts/2551892865026341/?d=nUMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.