Categories: Berita Utama

Rakyat Perlu Bangkit Tolak ‘Kerajaan Kemudaratan’ – Tok Mat

SEREMBAN, 15 Feb – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, rakyat perlu bangkit dan bersuara bagi menentang kerajaan yang mendatangkan kemudaratan.

Jelas beliau, kemudaratan yang sedang menghimpit rakyat kini adalah kerana kerajaan ‘Pakatan Dap’ yang gagal mentadbir negara.

“Negara ini ditadbir oleh pakatan Dap sebab Dap adalah ‘master mind’ kerajaan hari ini dan kemudaratan yang kita hadapi sekarang ini tidak kira Melayu, Cina, Iban atau Bidayuh… hari ini rakyat rasa terhimpit sebab masalah keadaan ekonomi negara amat tidak baik.

“Yang mentdbir kewangan negara pula betul-betul main wayang. Dulu saya ingat dia bagus tapi rupa-rupanya paling ‘bangang’.

“Tidak sampai dua tahun tadbir negara, hutang rasmi negara sudah lebih RM100 bilion. Barisan Nasional (BN) 62 tahun tadbir negara hutang hanya RM686 bilion, dia belum dua tahun sudah jadi RM800 bilion… memang tidak tahu tadbir negara… sudahlah ‘bodoh’, ‘sombong’ pula tu,” ujar beliau ketika berucap dalam program Muafakat Nasional peringkat Parlimen Seremban, di sini Jumaat malam.

Tambah Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat, tidak cukup dengan menambah hutang negara, lebih RM80 bilion duit Petronas pula diambil dan ini tidak pernah berlaku dulu.

“Sudahlah duit Petronas diambil, harta negara pula dijual lebih RM40 bilion tanpa tander.

“Baru-baru ini saya betul-betul sakit hati. Dividen Tabung Haji rendah sebab katanya rugi, dulu zaman BN dividen Tabung Haji tinggi dikatanya Tabung Haji silap.

“Harta Tabung Haji diambil bgitu sahaja. Dia ambil waktu pasaran saham merudum. Tidak cukup dengan itu, Tabung Haji Plantation pula dijual. Soalan saya, kenapa jual aset waktu harga sawit merudum? Jadi kita patut marah, kita perlu bangkit pertahankan hak kita,” ujar beliau lagi.

Justeru, Tok Mat mengingatkan agar rakyat jangan lagi terpengaruh walaupun ditawarkan dengan pelbagai tawaran baru.

“Jangan nanti dia janji bagi BSH (Bantuan Sara Hidup) RM3 ribu terus lupa semua. Ingat, jangan kita jual maruah diri, bangsa, agama dan tanah air… kita kena pertahankan,” tegas beliau. – UMNO ONLINE

Recent Posts

Sikap Rakyat Akan Tentukan COVID-19 Dikekang Atau Sebaliknya – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris…

3 hours ago

Terima Kasih..Selamat Hari Doktor Sedunia- Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi melahirkan penghargaan kepada…

4 hours ago

Kerjasama NGO Dan Badan Bertanggungjawab Ambil Kira Pelbagai Aspek- Arman

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah…

4 hours ago

Hargai Petugas ‘Frontliner’

KUALA LUMPUR 30 MAC -- Ketua Pergerakan Puteri UMNO bersama sebahagian Exco Puteri membuat persiapan…

4 hours ago

COVID-19: 828 Individu Ditahan Ingkar Arahan PKP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Seramai 828 individu ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya…

5 hours ago

Harga Siling Penutup Hidung Dan Mulut RM1.50 Seunit Mulai 1 April

PUTRAJAYA, 30 Mac - Kerajaan menetapkan harga siling baharu bagi penutup hidung dan mulut atau…

7 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda