Categories: Berita Utama

Kenyataan Media SUA UMNO Berkaitan Mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA
7 Februari 2020

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam mesyuarat bulanan yang diadakan pada hari ini, 7 Februari 2020 (Jumaat) telah membincangkan beberapa perkara utama antaranya :-

1. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh ;

i. Persidangan UMNO Cawangan – 15 Februari hingga 19 April 2020

ii. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian – 1 Jun hingga 20 Julai 2020

iii. Konvensyen UMNO Negeri-Negeri – 1 Ogos hingga 15 September 2020

iv. Perhimpunan Agung UMNO 2020 – 26 hingga 31 Oktober 2020

2. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah melantik YBhg. Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

3. Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia telah diberikan penjelasan terkini oleh Presiden UMNO berhubung situasi politik semasa.

4. Presiden telah memberikan pelbagai senario yang berkemungkinan berlaku. Senario-senario tersebut telah dinilai secara bersama dengan PAS dalam semangat Muafakat Nasional.

5. Majlis Kerja Tertinggi UMNO berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan Majlis Kerja Tertinggi telah memberikan pandangan secara terbuka untuk perhatian dan tindakan Presiden UMNO.

6. Majlis Kerja Tertinggi merasa amat bimbang dengan kedudukan orang Melayu, kaum Bumiputera, umat Islam dan rakyat keseluruhannya yang semakin terhimpit berpunca dari kegagalan Pakatan Harapan.

7. Majlis Kerja Tertinggi berbincang panjang berkenaan hala tuju dan pendekatan Muafakat Nasional dalam senario politik yang tidak menentu ini demi memelihara kepentingan rakyat.

8. Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerjanya bersama PAS terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

TAN SRI ANNUAR BIN HAJI MUSA
SETIAUSAHA AGUNG

Recent Posts

Tahap Kesiapsiagaan SPR Hadapi PRU Dibangkit Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Tahap kesiapsiagaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghadapi kemungkinan berlakunya…

24 mins ago

Teruskan Sikap Prihatin Dan Perpaduan Selepas Krisis COVID-19 – Zahidi

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Sikap keprihatinan dan perpaduan yang ditunjukkan rakyat Malaysia ketika berdepan…

27 mins ago

Azalina, Rashid Tegas Kendali Perbahasan, Tegur Sikap Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Persidangan Dewan Rakyat semalam menyaksikan ketegasan dua Timbalan Yang Dipertua…

34 mins ago

Kerajaan Rangka Kaedah Baharu Basmi Kemiskinan Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Kerajaan akan merangka pelbagai strategi dan kaedah baharu sebagai usaha…

39 mins ago

Allahyarham Mohd Khusairi Pemimpin Yang Ambil Berat Kepentingan Semua – Zahid

BENTONG, 16 Julai - Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

45 mins ago

PH Berebut PM, Sepang Undi PD Atau Langkawi? Soal Tanjung Karang

KUALA LUMPUR, 16 Julai – “Jangan tanya sebab-sebab letak jawatan, saya nak tanya Yang Berhormat…

2 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda