Gadai Tanah Tabung Haji : Hilangnya Aset Ummah
Ramai yang tidak sedar bahawa TH Plantations (anak syarikat Tabung Haji) telah menjual dua subsidiari (termasuk ladang sawit seluas 5,703 hektar) kepada sebuah syarikat bukan bumiputera bernama Tamaco Plantation Sdn Bhd. Jualan ini melibatkan transaksi bernilai RM170 juta [1]
Semakan kami mendapati 5 pengarah Tamaco adalah Lim Sing Hua, Lim Chun Leng, Lim Wai Foong, Lim Chun Hsiung dan Lee Ban Loong.
Terdapat beberapa perkara yang sangat mencurigakan dalam transaksi ini.
1. TH Plantations tidak pernah rugi sejak tahun 2006 hingga 2017. Ia hanya rugi pada tahun 2018 iaitu selepas kejatuhan besar-besaran harga sawit.
Soalan, mengapakah ladang-ladang ini dijual jika kerugian syarikat hanya sekali dalam tempoh 12 tahun?
2. Kos break-even TH Plantations adalah RM2200 per tan. THP rugi pada tahun 2018 apabila harga minyak sawit menjunam ke RM2000 se tan. Tetapi hari ini harga sawit sudah mencecah RM2900/tan (walaupun belum sebaik 2013-2015).
Soalannya, untuk apa dijual jika tahun ini kita mampu memperoleh keuntungan?
3. Harga jualan adalah dibawah book value penilaian asal. Dengan bahasa mudah, Tamaco memperoleh ‘diskaun’ selepas pertukaran jurunilai.
Soalan, sekiranya penjualan ini adalah bagi membaiki ratio ekuiti : hutang, kenapa dijual dengan harga sedemikian? Bukankah sepatutnya dijual dengan kadar sama / lebih tinggi dari harga pasaran?
4. Bagaimanakah Tamaco boleh dibenarkan membeli ladang-ladang Tabung Haji? Bukankah sepatutnya segala penjualan aset kepada pihak luar / swasta semoleknya melalui proses tender supaya THP mendapat nilai yang terbaik. Adakah ia sudah dibuat?
5. Sekiranya THP mempunyai kelemahan dalam pengurusan ladang, kenapa THP tidak menjual sebahagian sahaja saham kepada syarikat yang pakar supaya sama-sama boleh menuai hasil apabila proses pemulihan berlaku kelak?
Kenapa dijual keseluruhan saham? Lihat proses kerjasama antara Proton – Geely yang akhirnya memberi manfaat besar kepada negara.
6. Kenapa syarikat swasta dipilih bagi transaksi pindah milik ini? Adakah THP sudah berusaha untuk menjual ladang-ladang ini kepada GLC atau GLIC yang berminat?
Sudahkah tawaran dibuat kepada kerajaan negeri Sarawak atau anak syarikatnya memandangkan ladang ini terletak di Sibu dan Bintulu?
7. Semakan kami mendapati juga bahawa usia pokok sawit di ladang tersebut adalah purata 5 hingga 11 tahun. Bermakna pokok sawit sedang dalam tempoh matang dan sesuai untuk mengeluarkan hasil maksimum.
Jadi atas asas apa dijual dengan harga yang dikira rendah?
8. Menyalahkan projection pengurusan lama yang membeli ladang sawit secara besar-besaran dahulu adalah salah. Tahun-tahun tersebut terutama 2008 adalah kemuncak harga sawit dunia. Pelaburan ke atas sawit adalah sesuatu yang sangat menguntungkan dan terbukti selama hampir 12 tahun.
Masalah yang berlaku bukan projection pengurusan lama tetapi kegagalan kerajaan hari ini memastikan harga minyak sawit dunia stabil
9. Alasan paling tidak munasabah adalah ladang-ladang tersebut sangat merugikan maka kena dijual.
Soalan, kalau merugikan buat apa Tamaco beli? Tamaco adalah syarikat swasta berteraskan keuntungan. Takkan dia nak beli ladang yang tak ada nilai?
Ini adalah perkara-perkara yang sangat meragukan saya yang memerlukan penjelasan pengurusan Tabung Haji.
Mujahid tu tak payah jawablah. Ini masalah negara. Bukan masalah janda merajuk
—
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Masjid Tebauk, Kuala Terengganu
Rujukan:
[1] https://www.sinarharian.com.my/article/67230/BISNES/TH-Plantations-jual-aset-untuk-kukuhkan-kewangan
[2] TH Plantations Berhad- Announcement On Proposed Disposals of 100% Equity Shares in BSV and
MW