Proses Pengundian PRK Kimanis Berjalan Lancar

KIMANIS, 18 Jan – Hari ini warga Kimanis bakal menentukan siapa pilihan mereka untuk dijadikan wakil suara rakyat di Parlimen.

Tinjauan UMNO-Online di beberapa lokasi pusat pembuangan undi mendapati suasana terkawal dan tidak ada provokasi melampau.

Namun di pusat pembuangan undi Sek Kebangsaan Brunei, perayu undi Warisan kelihatan melanggar peraturan akta pilihan raya apabila gagal berada di jarak 50 meter yang ditetapkan.

Walaupun telah ditegur namun mereka tetap berdegil dan tidak berganjak.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Asyraf Wajdi yang turut berada di lokasi tempat pembuangan undi di PDM Brunei ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati dengan tinjauan yang dilakukan di beberapa pusat pembuangan undi.

“Saya dapati ramai yang mengatakan mahu ubah balik dan saya harap mereka benar-benar menterjemahkan dalam kertas undi,” ujar beliau.

Selain itu Asyraf turut menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Warisan yang didapati mengamalkan politik wang.

Ini berdasarkan video tular di mana jelas kelihatan Warisan memberikan wang kepada pengundi di malam sebelum hari pengundian. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.