Dulu Tuduh BN Korupsi, Sekarang Semua ‘Atuk Kasi’ – Shahrol Shiro

KIMANIS, 12 Jan – “Dulu cakap kerajaan Barisan Nasional (BN) korupsi sekarang semua ‘atuk kasi’. Sana kroni… sini kroni,” ujar pelawak tanahair Shahrol Shiro.

Jelas beliau, disebabkan kerajaan yang ada sekarang ini terlalu lemah maka rakyat harus bijak memilih untuk ubah balik agar masa depan anak bangsa lebih terjamin.

“Kita ingat tahun 2020 ada kereta terbang, sekali duit kita yg terbang. Kerajaan yang ada sekarang ini lemah pentadbirannya, jadi kita kena bangkit untuk bantah kerajaan yang lemah.

“Jangan kita takut walaupun diugut kerana rezeki datangnya dari Allah, bukan dari kerajaan Pakatan Harapa (PH), ” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Diskusi Rakyat anjuran Penerangan UMNO Malaysia di PDM Dingdong bersempena dengan kempen PRK Kimanis.

Shahrol adalah antara tetamu jemputan Diskusi Rakyat yang semakin mendapat sambutan orang ramai.

Di PRK Kimanis ini juga program ini ternyata mendapat sambutan hangat dan sentiasa dinanti-nantikan oleh warga tempatan.

Program yang menampilkan kelainan dengan membawa hiburan sambil membicarakan isu rakyat ini ternyata mampu mengumpulkan orang ramai.

Program ini diperkenalkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan ia mula menjelajah negeri-negeri bagi menyampaikan maklumat dan fakta kepada rakyat. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.