SPRM Hina Mahkamah, Jadi Alat Politik PH – Armand

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak menghina mahkamah.

Tempelaknya juga, jelas kelihatan suatu permainan politik yang amat merosakkan sebuah badan bebas negara itu yang dijadikan alat politik kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Armand berpandangan demikian mengulas mengenai tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya yang mendedahkan rakaman audio semasa sidang medianya hari ini mendakwa konspirasi jenayah tertinggi yang dikatakan suara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan beberapa individu, sedangkan dalam masa kes 1MDB masih berjalan di mahkamah.

“Bukankah kes ini masih berjalan di mahkamah? Bukankah ini ‘contempt of court’ dibuat oleh SPRM ini.

“Sebagai sebuah badan bebas kerajaan sepatutnya hanya perlu buat sidang media, rakaman audio tersebut sepatutnya serah pada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dibuat siasatan,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah menghairankan katanya, Latheefa mengakui rakaman suara dikatakan diperolehi daripada pihak yang tidak dikenali dan tidak dikenalpasti daripada.

“Kenapa tak persoalkan siapa yang buat rakaman tersebut? Macam mana SPRM boleh buat kerja terdesak ini.

“Buat sidang media terus dedah terus, patutnya serah pada PDRM, di mana intergriti SPRM dalam isu ini,” soalnya juga.

Sinisnya juga, pihak berkuasa negara ini sangat handal dalam mengenal pasti rakaman suara tetapi rakaman video yang dirujuknya melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih tidak selesai.

“Paling ‘real’ bagi saya, rakaman suara laju ‘jer’ kata kenal pasti, rakaman video di Sandakan a.k.a. semburit sampai sekarang tak boleh selesai sedangkan terang-terang beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah pergi luar negara untuk dapatkan laporan forensik tak sampai satu minggu,” ujarnya.

Justeru tindakan SPRM itu katanya, adalah untuk menjatuhkan momentum Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dan sebagai satu perancangan busuk ciptaan rejim PH. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.