PH Dakwa Berjaya Tunai 75 Peratus Janji PTPTN… Orang Munafik Kuat Menipu
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Baru-baru ini Pengerusi PTPTN berjaya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘berjaya’ tunai 75 peratus janji PTPTN.
Sehubungan itu, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mempersoalkan yang lagi 25 peratus yang tidak tunai itu apa?
“Sejak PRU-13, mereka (PH) janji hendak hapus PTPTN. Namun sehingga kini selepas mereka menang pilihan raya, mereka masih tidak tunai janji ini tetapi memberi pelbagai alasan dan dolak dalih seperti kononnya itu janji PRU-13 bukan PRU-14, samalah seperti alasan tidak tunai janji minyak RM1.50 Rafizi,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau.
Bidasnya, janji PRU-14 untuk tangguh pembayaran PTPTN sehingga gaji RM4,000 pun tidak ditunai, apakan lagi janji untuk hapus PTPTN.
“Orang-orang munafik memang kuat berjanji dan suka menipu,” katanya lagi. – UMNO ONLINE