Bandar Malaysia Serlah Wajah Sebenar PH – Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berpandangan isu Bandar Malaysia secara jelas meperlihatkan bahawa apa yang ditohmah dah apa yang dicanang oleh Pakatan Harapan sebelum ini jauh menyimpang.
Malah boleh pula mereka hari ini pada pandangannya lagi menjadikan Bandar Malaysia itu seolah-olah salah satu kejayaan atau pun dapat diluhat dnegan meriahnya sambutan mereka terhadap bandar berkenaan.
“Nah hari ini kita lihat bertapa meriahnya sambutan PH terhadap projek Bandar Malaysia. Kononnya ia telah ditoksifikasi dari segala elemen yang berkaitan dengan1MDB
“Ini adalah satu fakta yang saya nak ingatkan kepada Pakatan Harapan. Hari ini kita lihat projek Bandar Malaysia seperti Tun Razak Exchange (TRX) diangkat oleh pentadbiran Pakatan Harapan sebagai satu projek yang menguntungkan negara dan berpaksikan rakyat seolah-olah pada zaman Barisan Nasional, kita buat projek tidak berpaksikan rakyat
“Ini satu gambaran yang tidak tepat sama sekali kerana sepanjang 62 tahun memerintah, BN sentiasa memikirkan hal rakyat. Termasuklah pembangunan Bandar Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Katanya lagi dituduhnya kerajaan sebelum ini menjual Pengkalan Udara TUDM Sungai Besi dengan harapan menaikkan kemarahan anggota tentera.
Dan dituduhnya lagi kerajaan sebelum ini juga membatalkan perjanjian kerana mereka berjaya mencari kesalahan berkaitan 1MDB dan ini adalah satu rekaan dongeng yang menggambarkan tahap intergriti mereka yang amat rendah.
“Tahukan rakyat bahawa, faktanya adalah, pembatalan perjanjian itu adalah kerana BN mahukan negara menikmati keuntungan yang lebih baik daripada apa yang dipersetujui sebelum itu.
“Daripada menjual tanah secara outright, kita merasakan baik kita menjadi pemilik tanah dan menjual hak pembangunan. Kita masih punya hak ke atas tanah itu sebagai Master Developer,” ujarnya. – UMNO Online
Kenyataan penuh adalah seperti berikut :
PENAMBAHBAIKAN TERMA PROJEK ATAU MENGAKU SAHAJA BARISAN NASIONAL MEMBUAT TINDAKAN YANG TEPAT BERKAITAN PROJEK INI DEMI KEPENTINGAN RAKYAT.
Rakyat sedia maklum akan tuduhan Pakatan Harapan terhadap Barisan Nasional berkenaan isu Bandar Malaysia yang mana ia dikatakan satu projek yang menjual negara kepada Negara China.
Ini adalah satu fakta yang saya nak ingatkan kepada Pakatan Harapan. Hari ini kita lihat projek Bandar Malaysia seperti Tun Razak Exchange (TRX) diangkat oleh pentadbiran Pakatan Harapan sebagai satu projek yang menguntungkan negara dan berpaksikan rakyat seolah-olah pada zaman Barisan Nasional, kita buat projek tidak berpaksikan rakyat
Ini satu gambaran yang tidak tepat sama sekali kerana sepanjang 62 tahun memerintah, BN sentiasa memikirkan hal rakyat. Termasuklah pembangunan Bandar Malaysia.
Dituduhnya kita jual Pengkalan Udara TUDM Sungai Besi dengan harapan menaikkan kemarahan anggota tentera kita. Dan dituduhnya kita batalkan perjanjian kerana mereka berjaya mencari kesalahan berkaitan 1MDB. Ini adalah satu rekaan dongeng yang menggambarkan tahap intergriti mereka yang amat rendah.
Tahukan rakyat bahawa, faktanya adalah, pembatalan perjanjian itu adalah kerana BN mahukan negara menikmati keuntungan yang lebih baik daripada apa yang dipersetujui sebelum itu. Daripada menjual tanah secara outright, kita merasakan baik kita menjadi pemilik tanah dan menjual hak pembangunan. Kita masih punya hak ke atas tanah itu sebagai Master Developer.
Selain daripada itu, PH tidak pula memberikan gambaran keseluruhan berkaitan perjanjian pembelian tanah TUDM Sungai Besi yang mana ia turut meletakkan syarat tanggungjawab membangunkan Pengkalan Udara TUDM Sendayan serta Pasukan Gerakan Udara PDRM Subang dan menaiktaraf enam pengkalan lain. Kenapa fakta ini tidak dinyatakan?
Kenapa hanya memilih dan memusing fakta untuk memberikan kelebihan politik serta mengelirukan rakyat sehingga membenci BN? Satu lagi contoh tahap intergriti PH yang amat jijik.
Persoalannya adalah, siapa yang jual negara? BN atau PH? Ini kerana, fakta yang penting untuk kita semua fahami adalah, benar BN menjual tanah kepada syarikat consortiumMalaysia- China tetapi telah dibatalkan atas sebab ingin memaksimakan keuntungan dan memilih untuk menjual hak pembangunan dan mengekalkan pemilikan tanah. PHhari ini menjual balik sebahagian projek bandar Malaysia kepada konsortium yang sama pada April yang lalu.
Dah la dijual, nilai jualan pun tidak dinyatakan? Mana dasar keterbukaan yang dicanangkan oleh PH. Bukan kita sahaja yang mempersoalkan penjualan ini. Editor Bizkini dari Malaysia kini turut mempersoalkan perkara yang sama dan tidak mengikut strategi BN yang lebih menguntungkan?
Nah hari ini kita lihat bertapa meriahnya sambutan PH terhadap projek Bandar Malaysia. Kononnya ia telah ditoksifikasi dari segala elemen yang berkaitan dengan1MDB. Menteri Kewangan juga turut menyelar pendapat-pendapat yang mana terma-terma Bandar Malaysia ini kekal seperti terma yang sama. Projek yang sama dengan nilai yang hampir sama iaitu RM 140 Billion. Pembeliannya juga sama, peratus jualannya juga sama. Jadi apa yang lain?
Hampir 100% sama dengan apa yang dibuat oleh BN. Saya cabar Menteri Kewangan, buktikan segala perkara yang dikatakan berbeza dengan zaman BN. Jangan pakai perkataan toksifikasi sekadar untuk meraih popularity dan menfitnah BN. Senaraikan segala penambahbaikan. Kalau berani berdebatlah dengan BN di dalam forum yang kami sanggup sediakan.
Apa yang dibuat oleh PH hari ini tidak perlulah hendak dibanggakan, menjual projek ini sebahagiannya kepada Konsortium Malaysia-China adalah langkah kebelakang dan mundur. Sepatutnya kekalkan strategi pembangunan yang telah dibuat oleh BN. Ia mampu memberikan pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan apa yang dibuat oleh PH hari ini.
Masalah utama dengan PH adalah sentiasa melihat pulangan jangkamasa pendek dan bukan pulangan jangka panjang. Kalau mereka masih kekal mentadbir saya bimbang negara ini tidak akan mampu pergi jauh kehadapan dengan potensi yang ada.