Sumbangan Kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA)
TEMERLOH, 17 Disember –Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad mewakili kerajaan Negeri memberi sumbangan sebanyak 180 beg tidur kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) di negeri ini untuk memudahkan mereka bertugas dalam membuat kerja-kerja murni, kerja dakwah dan mendekati Orang Asli serta memelihara mereka yang telah memeluk agama Islam ketika hadir di Majlis Moh Ke Sekolah serta Penyampaian Bantuan Persekolahan Yayasan Pahang Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Kuala Krau di sini Ahad lepas. Foto: FB Wan Rosdy Bin Wan Ismail