Menteri PH Buat Lawak, Rasmi Lif… Rasmi Apps…

KUALA LUMPUR, 15 Dis – “Ada yang rasmi lif, ada yang rasmi apps cari tandas, ada yang rasmi ‘whatsapp group’… itulah antara kerja Menteri dan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH),” ujar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ciapan di media sosial.

Beliau memuat naik status berkenaan beserta sekeping gambar yang menunjukkan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad sedang memotong riben simbolik merasmikan lif.

Status Najib itu juga mendapat ribuan komen daripada natizen yang turut mengecam Khalid yang disifatkan lebih mengutamakan perkara yang tidak penting berbanding masalah rakyat yang semakin meruncing.

Untuk rekod, sejak PH mentadbir negara, rakyat mula menderita apabila banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan terdahulu ditarik semula malah janji manifesto PH juga tidak ditunaikan.

Antara janji yang gagal ditunaikan adalah penghapusan tol, harga minyak turun kepada RM1.50, menghapuskan pinjaman PTPTN dan penurunan harga barang. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.