Usul Pindaan Perlembagaan UMNO Lulus Sebulat Suara

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Usul khas Pindaan Perlembagaan UMNO yang dibuat hari ini dalam Perhimpunan Agung UMNO 2019 telah diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan dalam persidangan ini.
Usul Pindaan Perlembagaan UMNO ini telah dicadangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan disokong oleh Noran Zamini Jamaluddin perwakilan dari Bahagian Pokok Sena, Kedah.

“Perlembagaan UMNO dipinda untuk tunjukkan UMNO melakukan perubahan yang serius dan mahu menjadi parti moden yang boleh menjawab tuntutan semasa dan meneroka jalan proaktif dalam mendepani masa depan dengan penuh bersedia,” kata Khaled.

Beberapa pindaan frasa rujukan secara menyeluruh seperti berikut:

I. Majlis Tertinggi (MT) ditukar Kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT)

II. Badan Perhubungan UMNO Sabah dikenali juga sebagai UMNO Sabah

III. Pergerakan Wanita UMNO ditukar kepada Wanita UMNO (Fasal 21)

IV. Ketua Pergerakan Wanita UMNO akan dikenali sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia (Fasal 9.2.2)

V. Ketua Pergerakan Pemuda akan dikenali sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Fasal 9.2.3)

VI. Ketua Pergerakan Puteri akan dikenali sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (Fasal 9.2.3) – UMNO ONLINE

*berita lanjut akan menyusul

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.