Wawancara Khas Presiden UMNO Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019

 

S: UMNO bakal mengadakan Perhimpunan Agung UMNO 2019 dan tahun ini adalah tahun ke-2 UMNO sebagai pembangkang jadi apakah pandangan Datuk Seri perbezaan yang bakal dibawa pada perhimpunan kali ini?

J: Alhamdulillah perhimpunan agung UMNO tahun 2019 bukan hanya merupakan Perhimpunan Agung kali kedua setelah menjadi pembangkang tetapi kali pertama selepas Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional diwujudkan. Insya-Allah kelainan Perhimpunan Agung UMNO akan dapat dirasai dan kita mohon jika tidak hadir, tidak ada kelapangan tetapi kita akan menyiarkan secara langsung… insya-Allah melalui media sosial.

S: Seperti Datuk Seri katakan tadi ini adalah tahun kedua kita sebagai pembangkang… tahun lalu suasana sedikit suram berbanding tahun ini nampak UMNO kembali bangkit. Apa pandangan Datuk Seri?

J: Alhamdulillah kebangkitan semula UMNO ini bukan hanya kerana kita telah memenangi empat pilihan raya kecil mutakhir ini tetapi kemenangan di Tanjung Piai telah benar-benar menaikkan semangat ahli UMNO dan rakan-rakan dalam komponen BN serta rakan baru kita PAS bersama-sama rakan lain dalam Muafakat Nasional. Tentunya semangat baru ini bukan hanya sesuatu yang datang kerana kemenangan sahaja tetapi oleh kerana terdapat beberapa harapan daripada akar umbi yang meminta bukan hanya kepimpinan tertinggi dalam UMNO tetapi para perwakilan khususnya dari negeri-negeri melalui jurucakap untuk UMNO menjadi jurubicara kepada rakyat kerana terlalu banyak isu-isu yang harus ketengahkan dan rakyat merasa bahawa pengharapan kepada UMNO cukup tinggi dan tentunya isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh jurucakap negeri-negeri akan turut menjadi suara yang akan menyambungkan lidah rakyat yang kecewa di peringkat akar umbi untuk disuarakan di Perhimpunan Agung UMNO ini.

S: Kita tahu perhimpunan kali ini secara tidak langsung menuju kepada PRU-15, jadi apakah antara usul yang akan dibangkitkan dalam perhimpunan ini?
J: Beberapa usul yang telah diperbahaskan bukan hanya diperingkat persidangan bahagian-bahagian tetapi telah menyelesaikan konvensyen negeri-negeri di mana wakil-wakil bahagian telah perbahaskan beberapa usul dan usul itu turut diteliti dan diberi perhatian oleh jawatankuasa usul ibu pejabat UMNO dan pada waktu yang sama kita jangan meletakkan usul itu sebagai usul yang diterima tanpa penelitian dan akhirnya dibakulsampahkan tetapi mengharapkan suara akar umbi ini benar-benar diberi perhatian oleh jawatankuasa usul dan kepimpinan tertinggi UMNO khususnya saya, dan kita mengharapkan agar sebagai parti pembangkang kita telah lebih daripada setahun setengah merasa bahawa kesengsaraaan sebagai pembangkang tetapi hikmahnya kita semakin istiqamah, kita semakin kuat, kita semakin berdaya tahan dan belajar kerana kita merasakan bahawa para perwakilan khususnya jurucakap tentunya akan melahirkan apa yang ada dalam suara hati ahli UMNO di peringkat akar umbi, di peringkat cawangan, bahagian dan di peringkat negeri.

S: Antara usul yang menarik perhatian adalah usul jawatan Timbalan Presiden Wanita. Mungkin Datuk Seri boleh terangkan dengan lebih lanjut?

J: Itu akan diperbincangkan dalam mesyuarat Agung luar biasa UMNO di mana dalam pindaan Perlembagaan kedudukan Ketua Wanita UMNO akan sama taraf dengan Timbalan Presiden dan tentunya pihak Majlis Tertinggi dan saya secara peribadi memberikan dokongan kepada cadangan Wanita itu namun kita serahkan kepada para perwakilan khususnya jurucakap negeri bila mesyuarat luar biasa ini diadakan dan saya harap usul ini akan diterima dan diluluskan secara sebulat suara.

S: Perhimpunan ini bukan sahaja menjadi perhatian daripada ahli UMNO tetapi juga rakyat keseluruhannya termasuk dari pihak kerajaan. Bagaimana Datuk Seri nak membawa satu pembaharuan dalam perhimpunan ini?

J: Saya meneliti semua lontaran pandangan dan bukan hanya di media sosial dan konvensional tetapi beberapa mesej yang saya perolehi daripada rakan-rakan di luar negara dan begitu juga rakan-rakan dan NGO meneliti apakah ‘new deal’, tawaran-tawaran baru dan kelainan yang akan dilontarkan oleh jurucakap dan tentunya mereka mengharap agar ucapan dasar saya menyentuh UMNO sebagai jurubicara kepada rakyat.

Pada waktu yang sama harus lekatkan di minda dan hati kita ada pihak yang tetap akan mencari kelemahan kita, kesilapan kita, kesalahan kita bukan hanya dalam ucapan dasar Presiden tetapi ucapan perasmian sayap-sayap dan juga ucapan oleh perwakilan negeri-negeri dan biarpun kita tidak menyekat jurucakap negeri-negeri untuk melontarkan apa juga pandangan tetapi kita tahu ada jerangkap samar yang sentiasa dipasang untuk melakukan ‘spinning’ kepada ucapan yang dianggap seolah-olah kita adalah sebuah parti perkauman, kita ekstrem dalam memperjuangkan isu-isu bangsa dan agama namun mereka melupakan bahawa keterbukaan UMNO untuk menterjemahkan perkara-perkara yang terdapat dalam Perlembagaan kita, mempertahankannya dan melaksanakannya dahulu ketika kita menjadi kerajaan malah kita terus istiqamah dalam melakukannya insya-Allah kalau kita menjadi kerajaan semula tetapi yang lebih penting jurucakap siapa sahaja harus lebih kehadapan untuk berfikir, meneliti sebelum melontarkan pandangan-pandangan yang dianggap menjadi kelemahan oleh pihak lawan politik kita.

S: Walapun UMNO bergelar pembangkang tetapi Perhimpunan Agung UMNO masih lagi menjadi perhatian ramai diplomat asing, golongan atas pagar… sudah pasti mereka menantikan apa yang bakal diketengahkan dalam perhimpunan ini sebab kita adalah pembangkang yang dilihat mengenengahkan sesuatu yang berpihak di bumi nyata. Mungkin bagi pandangan Datuk Seri apakah yang menarik di perhimpunan ini yang membuatkan mereka ini begitu berminat untuk mengikuti apa yang bakal dihidangkan?

J: Alhamdulillah bukan hanya diplomat asing tetapi wartawan daripada luar negara juga akan membuat liputan terhadap isu yang akan diperbahaskan. Pada waktu yang sama kita tahu media konvensional di negara kita dan rakyat yang mahu suara mereka dibalingkan dalam perhimpunan ini akan bukan hanya meneliti terhadap kejayaan dan limpahan… bukan hanya ahli parti di peringkat akar umbi malah sejak tertubuhnya Muafakat Nasional mereka mengharapkan sesuatu yang baru selain daripada isu-isu yang diperjuangkan tetapi saya telah sebutkan tawaran baru dan apakah langkah-langkah lanjut yang patut dilakukan terutamanya apabila mereka mungkin akan menolak jika sebarang perundingan dilakukan melalui pintu belakang kerana mereka mengharapkan pintu hadapan terbuka terlalu luas dan kita harus masuk ke pintu hadapan dan kita lakukan perkara ini bukan hanya melalui referendum kecil melalui pilihan raya kecil tetapi referendum secara besar adalah pada PRU-15 nanti dan oleh kerana kesengsaraan telah dirasai oleh semua pihak bukan hanya mengikut stratafikasi sosial, mengikut susun lapis masyarakat berbilang kaum, pendapatan mengikut wilayah mengikut kawasan namun mengikut ‘track record’ yang diperlihat oleh UMNO ketika memimpin negara ini dahulu amat dirindui oleh rakyat kerana apa yang berlaku sekarang ini amat mendesak rakyat agar kerinduan segera terubat apabila UMNO, rakan-rakan dalam BN dan Muafakat Nasional bersama-sama parti politik di Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama dengan kita bagi berada di persada politik nasional dan kita mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan oleh kerajaan sekarang ini.

S: Tadi Datuk Seri ada sebut UMNO sebagai jurubicara rakyat, jadi sebagai nakhoda parti dalam perhimpunan paling besar orang Melayu ini, adakah Datuk Seri akan menekankan UMNO sebagai jurubicara rakyat ini?

J: Tentu sekali UMNO diharapkan sebagai jurubicara rakyat bukan hanya oleh ahli UMNO tetapi khususnya di atas pagar, mereka yang tidak menjadi ahli mana-mana parti dan kumpulan ini adalah menjadi penentu kepada PRK dan PRU. Tentunya sokongan atau sebaliknya bergantung kepada isu yang diketengahkan sama ada di pihak kita atau di pihak lain tetapi jika kita menjadi jurubicara rakyat, bukan hanya sekadar isu tetapi memperjuangkan nasib mereka, memperjuangkan peluang pekerjaan, peluang ekonomi dan juga memberikan peluang untuk mereka terus menghidupkan nilai-nilai murni dalam masyarakat dan mengembalikan ekonomi yang semakin merudum serta harga barangan yang tetap meningkat walaupun dulu Barisan Nasional-BN dikatakan sebagai ‘barang naik’ jelas bahawa kerajaan sekarang ini tidak dapat membendung masalah itu malah yang lebih mengecewakan apabila harga komoditi iaitu barang-barang pertanian khususnya semakin turun harganya kerana permasalahan ditimbulkan oleh kerajaan sekarang ini disebabkan mereka bermusuhan dengan negara-negara pembeli besar kepada produk-produk kita dan akibatnya rakyat menderita… inilah yang diharapkan oleh rakyat, nasib mereka diperjuangkan termasuklah oleh mereka yang tidak berpendapatan pun harus dikembalikan hak mereka untuk melakukan kelangsungan hidup biarpun mereka ini kumpulan miskin tegar, B40 atau kumpulan M40 malah, di kumpulan tokoh-tokoh korporat dan ahli perniagaan juga kecewa dan mengharapkan UMNO dan rakan-rakan dalam komponen BN dan Muafakat Nasional memperjuangkan semula nasib mereka dan insya-Allah keterangkuman kita kepada semua agama, semua kaum, semua kumpulan mengikut susunan lapis masyarakat maka insya-Allah kita akan perjuangkan dan inilah yang diharapkan oleh masyarakat di luar perwakilan yang hadir… cukup-cukup mendambakan agar nasib mereka diperjuangkan semula.

Sekurang-kurangnya sewaktu kita menjadi pembangkang ini kita menjadi penyambung kepada sanubari, citarasa dan hati nurani mereka dan insya-Allah apabila kita menjadi kerajaan semula selepas PRU-15 kita akan dapat menterjemahkan semua isu rakyat ini untuk dijadikan dasar… diterjemahkan sebagai jurubicara dan menjadi jambatan kepada rakyat keseluruhannya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai kumpulan.

S: Dengan rantaian kemenangan PRK sudah pasti ia menyuntik semangat yang amat tinggi kepada ahli dan pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Mungkin ada pesanan Datuk Seri kepada pembahas yang akan berbahas di perhimpunan ini agar tidak terpesong atau tidak hilang fokus dalam kita hendak memacu kepada kemenangan PRU-15?

J: Ya benar, kita jangan terlalu terbuai dengan kemenangan dan hanya bernostalgia dengan kejayaan-kejayaan khususnya di empat PRK dan terakhir di Tanjung Piai dan alhamdulillah majoriti kita mengatasi mana-mana keputusan dan majoriti yang diperolehi di PRK-PRK yang telah kita menangi.

Namun pengajaran ataupun ibrah yang telah kita pelajari ketika berlaku PRK di Selangor Sungai Besar suatu ketika dulu biarpun kemenangan itu merupakan kemenangan yang besar yang amat menggalakkan hasilnya tetapi dalam PRU-14 (TAPI DS SEBUT PRU-15) kita bukan hanya kehilangan kerusi Parlimen, kita hanya memperolehi 79 kerusi Parlimen daripada 112 kerusi yang diperlukan tetapi kita juga kehilangan negeri-negeri yang dulunya dikuasai oleh UMNO dan BN hanya tinggal dua negeri sahaja iaitu Pahang dan Perlis namun dengan gelombang kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dan merasa meluat dengan kerajaan hari ini kita gemblengkan tenaga, kita satu-padukan semangat dan roh perjuangan kita, bergerak dengan ikhlas menghidupkan jentera kita dengan tersusun, berstruktur dan bersemangat, insyaAllah dalam waktu yang singkat kita akan menjadi kerajaan semula.

Saya amat mengharapkan perhimpunan kali ini kita dapat mensyorkan beberapa langkah baru yang patut diambil bukan sahaja oleh kepimpinan tetapi semua lapisan ahli UMNO di peringkat akar umbi, cawangan, bahagian dan negeri agar semangat ini dapat diterjemahkan dalam bentuk kerja keras kita dan keutamaan kita adalah perpaduan adalah tonggak utama kepada kejayaan dan jangan ada mufarakah, jangan ada pecah-belah, jangan ada rasa taksub kepada pemimpin tertentu, individu tertentu yang penting dalam satu harakah, dalam satu gerakan, dalam satu kumpulan kita harus mengetepikan perkara yang ‘furuk’ iaitu perkara titik bengik dan parhatikan bahawa isu utama yang harus diberi keutamaan sebagai tonggak perjuangan kita bukan melayani perkara yang kecil, perkara yang cabang, perkara yang menjadi titik bengik.

Ingat, diluar sana rakyat mengharapkan kita. Jika kita bersatu, jika kita kuat pasti mereka akan bersama dengan kita dan insya-Allah jika ini menjadi pegangan kita, Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini adalah satu mercu tanda sebagai satu ‘batchmark’ bahwa ini adalah satu kebangkitan baru kepada UMNO, kepada BN dan kepada Muafakat Nasional insya-Allah.

S: Akhir sekali Datuk Seri, bagaimana Datuk Seri hendak menyimpulkan selepas mesyuarat cawangan, bahagian, kemudian ada konvensyen setiap negeri dan kemudian Muafakat Nasional itu sendiri dengan ceramahnya, bagaimana Datuk Seri melihat perkembangan ini?

J: Pihak musuh politik sentiasa mengharapkan apabila terdapat reptelia politik yang berhijrah untuk meninggalkan UMNO jelas perancangan itu telah tidak memberi keberhasilan seperti mana yang diharapkan malah mesyuarat cawangan, persidangan perwakilan bahagian termasuk rakan-rakan di Sabah yang cuba untuk dibubarkan jelas memperlihatkan jumlah perwakilan, jumlah pemerhati semakin ramai. Inilah semangat luar biasa yang telah diperlihatkan dan insya-Allah ini adalah satu petanda baru bahawa UMNO adalah parti politik yang tidak boleh dipecahkan dari luar dan tentunya apa yang diharapkan oleh semua rakyat supaya kepimpinan UMNO bersatu-padu, menghormati institusi kepimpinan dan kita mengambil kepedulian kepada kepimpinan di bawah lapisan utama dan juga yang lebih penting mengambil kira suara akar umbi adalah suara keramat dan merekalah yang menjadi jentera utama yang memenangkan UMNO dan BN serta Muafakat Nasional dalam PRU-15 nanti.

Ucapan Dan Harapan
Kepada seluruh perwakilan 191 bahagian diseluruh negara, saya mengucapkan selamat datang, selamat membanjiri kompleks PWTC khususnya Dewan Merdeka bagi kita terus memberikan semangat kepada UMNO dan roh UMNO ini harus juga dirasai oleh mereka yang tidak dapat hadir di Perhimpunan Agung. Doakanlah agar ada natijah… natijah yang baik bagi kita terus memberikan roh baru kepada perjuangan UMNO ini untuk memberikan kelangsungan perjuangan orang melayu keturunan Melayu bangsa Malaysia keseluruhannya khususnnya agama Islam tanpa kita mengenepikan bangsa lain insha allah. Selamat bersidang selamat datang ke Perhimpunan Agung UMNO 2019.

TAMAT

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.