Apabila Pengganas Mula Dimuliakan Di Zaman PH Malaysia Baharu…

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melihat pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggap Malaysia Baharu semuanya nak diberikan tempat.

Rupa-rupanya kata beliau, isu abu Bapa Pengganas Malaya Chin Peng hanyalah permulaan kepada gerakan untuk kembali merubah naratif sejarah tanah air.

“Nampaknya di zaman Kerajaan PH ni, Malaysia Baharu semuanya nak diberikan tempat. LGBT, Pengganas LTTE, Pengganas Komunis. Agaknya apa lagi lepas ni?” soal beliau.

Dr Asyraf Wajdi berkata demikian menerusi Facebook beliau berikutan laporan diadakan sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) menganjurkan acara di Kajang untuk memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani pada 2 Dis 1989.

“Rupa-rupanya isu abu Bapa Pengganas Malaya Chin Peng hanyalah permulaan kepada gerakan untuk kembali merubah naratif sejarah tanah air dengan cubaan mengiktiraf dan memuliakan gerakan pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

“Perhimpunan yang melibatkan kira-kira 300 bekas pengganas komunis yang turut dihadiri pimpinan PKR dan DAP makin menyerlahkan warna sebenar kerajaan PH hari ini yang sedikit demi sedikit cuba merobek asas-asas negara-bangsa yang dibina selama ini.

“Pimpinan tertinggi DAP Ronnie Liew dengan bangga juga membuat pengisytiharan bahawa datuk dan abangnya juga adalah ‘pejuang komunis’ (dibaca pengganas),” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.