‘Transformasi BN Menawan Putrajaya’
TANJUNG PIAI,8 Nov – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar Dr. Mohamed Azam Rauzan berkata, semangat muhibah harus dikembali dan dihidupkan semula bagi memastikan perpaduan semua kaum di negara ini terjamin dan ia boleh dimulakan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Beliau menjadi tetamu jemputan dalam segmen PRK P165 Tanjung Piai yang bertajuk ‘Transformasi BN Menawan Putrajaya’ yang disiarkan secara langsung menerusi FB UMNO-ONLINE.