Kongres Maruah Melayu Yang Diselar Pemimpin Sendiri – Annuar

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Esok akan berlangsung Kongres Maruah Melayu yang akan turut dihadiri oleh pemimpin UMNO sebagai bukti keseriusan dalam membela bangsa. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai kehadiran pemimpin-pemimpin parti yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.

Berikut kenyataan Tan Sri Annuar Musa berkaitan kongres tersebut:

Rakyat sedang menyaksikan beberapa keanihan yg sedang berlaku dlm kerajaan hari ini.

Ahad ini di anjurkan KMM,yg bukan rahsia lagi,di “master mind” oleh beberapa pemimpin parti pemerintah tapi menggunakan platform beberapa IPTA, khususnya Universiti Malaya.

Belum pun ia berlangsung, program yang direstui dan dihadiri sendiri oleh YAB PM, sudah dikritik oleh YB bakal PM dan Supremo PH/Dap, Lim Kit Siang. Anehnya, semua mereka adalah dari satu parti yg sama ia itu PAKATAN HARAPAN (PH).

Penganjuran KMM mengesahkan wujudnya keresahan orang Melayu tentang maruah mereka pada masa ini.

Ia juga mengesahkan YAB PM sendiri mengakui keresahan tersebut tetapi tidak dapat bersuara atau menganjurkan kongres atas nama partinya, atau atas nama kerajaan pimpinannya. Dalam kata lain mereka mengakui PH gagal memberi pembelaan dan menjaga maruah orang Melayu. Ini adalah akibat dari kesilapan percaturan dan formula politik mereka sendiri.

Berdasarkan kedudukannya yg begitu lemah itu, tidak banyak yang boleh kita harapkan akan berlaku dari Kongres ini. Malah masa sudah semakin suntuk buat BERSATU dan buat YAB PM sendiri. Apa lagi dalam keadaan tiadanya solidariti dan setiakawan dalam PH itu sendiri.

Menariknya, jemputan telah dibuat kepada UMNO dan PAS, yang merupakan dua parti pembangkang dan rakan Taawun PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL yang mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Dan di luar jangkaan kebanyakan orang, kedua-dua parti itu telah menerima dan akan menghadiri KMM itu.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Bagi UMNO dan PAS yg merupakan parti terbesar orang Melayu, kita mahukan politik yg matang, bertanggungjawab dan mendahulukan rakyat. Bukan politik kepuakan yg sempit dan emosi.

Kita telah membuktikan di Parlimen di mana ada kalanya kita menentang keras tindakan kerajaan hingga sanggup turun ke jalan raya seperti dalam isu ICERD dan ada kalanya kita menyokong sehingga kerajaan boleh meminda perlembagaan, seperti dalam isu had umur mengundi.

Dalam isu KMM pula,UMNO dan PAS tidak terlibat berkongres, malah tidak pun mengetahui atau di beritahu apakah perbincangan atau apakah resolusi kongres ini, atau siapakah yang terlibat dalam kluster-kluster perbincangan.

UMNO dan PAS mengambil sikap sedia hadhir menerima jemputan dan mendengar apa jua perkara berkaitan kepentingan orang Melayu. Sebagai wadah terbesar orang Melayu, tidak wajar bagi UMNO terutamanya memencilkan diri dari sebarang usaha untuk kebaikan orang Melayu atau muafakat Melayu dan Muafakat Nasional.

Malah itulah sebahagian dari intipati PIAGAM yang baru ditandatangani antara UMNO dan PAS. Kedua-dua parti kekal komited utk terus menjayakan Muafakat ini.

UMNO akan meneliti apakah resolusi KMM ini, yang difahamkan akan di serahkan kpd Kerajaan, khususnya Perdana Menteri. Sama ada resolusi ini boleh membawa apa apa harapan, biarlah di nilai oleh rakyat sendiri nanti.

Kita juga ingin mendengar dan melihat apakah penerimaan pemimpin pemimpin besar parti-parti dalam kerajaan terhadap resolusi ini.

Tidak mustahil ia akan menjadi satu lagi KONGRES KOSONG, sepertimana tahun lalu di mana mereka juga telah menganjurkan KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2018, yang kesudahannya ekonomi dan aset bumiputera semakin merosot malah terjual dan tergadai di bawah pentadbiran mereka. Kongres bukan semestinya satu jalan penyelesaian.

Apapun biarlah kita berlapang dada, dan memberi ruang secukupnya kepada penganjur dan mereka di belakang tabir utk memperagakan rancangan dan pencak silat mereka.

UMNO akan terus berperanan mengatur perjuangan ummah khususnya orang Melayu melalui ‘roadmap’ kita sendiri, khususnya menerusi MUAFAKAT NASIONAL UMNO-PAS. Kita akan segera merangka pelan tindakan yang kukuh dan tersusun dalam membela MARUAH UMMAH DAN ORANG MELAYU, dalam konteks masyarakat Malaysia yg berbilang bangsa ini. Kami yakin dasar perjuangan, pengalaman dan rekod kedua-dua parti yg berpaksikan ISLAM ini, lebih mampu membela MARUAH MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA KESELURUHAN NYA,Insya-Allah.

Kita bertemu di Stadium Melawati.

Tan Sri Annuar Musa
Setiusaha Agung UMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit