Bukan Hanya Tommy Thomas Letak Jawatan, Dakwa Sekali Pemimpin PH Cetus Perpecahan

KUALA LUMPUR, 27 Sept. – PDRM bukan sahaja perlu teruskan siasatan dan heret pembunuh Muhammad Adib ke muka pengadilan atau Peguam Negara perlu meletak jawatan tetapi tindakan juga perlu dibuat terhadap mereka yang dipercayai mengeluarkan kenyataan dengan niat mengaibkan dan membangkitkan perpecahan keamanan.

Demikian kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berhubung keputusan Inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib telah memihak kepadanya seperti diumum oleh Rofiah Mohamad Mahkamah Koroner pagi ini.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah keputusan Inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib telah memihak kepadanya seperti diumum oleh Rofiah Mohamad Mahkamah Koroner pagi ini.

“Berkat doa seluruh rakyat Malaysia akhirnya kita dapat jawapan apakah punca kematian Allahyarham Muhammad Adib pada 17 Disember 2018 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, Puteri UMNO tetap bertegas mendesak agar PDRM teruskan siasatan dan heret pembunuh Adib ke muka pengadilan.

“Kami mendesak agar Tommy Thomas letak jawatan sebagai Peguam Negara atau sekurang-kurangnya bercuti agar urusan keadilan seterusnya tidak terganggu lagi.

“Puteri UMNO juga mendesak mereka ini Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau dan empat orang menteri, Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy; Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Menteri Komunikasi dan Maultimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jaykumar dihadapkan ke mahkamah kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan dengan niat mengaibkan dan membangkitkan perpecahan keamanan.”

Ini kerana katanya, tindakan tegas mesti diambil berikutan kenyataan mereka inilah yang membangkitkan kemarahan sekumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya hujung tahun lalu yang akhirnya mengakibatkan seorang anggota bomba tidak bersalah mati dibelasah.

“Puteri UMNO berharap rakyat ambil pengajaran daripada yang berlaku, sama-sama lah kita memelihara keamanan dan keharmonian yang telah lama kita bina selama ini,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit