Jangan Percaya Pemimpin Pan, Tukang Angguk Dap – Amran

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Bekas Pemikir Publisiti Pengundi Melayu Dap, Amran Ahmad memohon rakyat Malaysia terutama orang Melayu agar jangan percaya pemimpin Parti Amanah Negara (Pan), Khalid Samad yang menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Dakwanya, Khalid adalah ‘macai’ Tony Pua dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sejajar dengan duduknya Pan sebagai ‘balaci’ Dap kini dan selamanya.

“Tergamaknya dia, saya duduk semeja semasa sesi ngeteh selepas mesyuarat publisiti PH, membawang dengan Tony ‘Puaka’ (Tony Pua) kutuk, keji Datuk Seri Azmin Ali semata-mata nak jaga, puaskan hati bangsa Dap.

“Terangguk-angguk kepala dia mengiayakan setiap kejian, kutukan Tony pada saudara sebangsa seagamanya semata-mata mahu menjaga hati bangsa Dap ini,” bidasnya dalam satu catatan di Facebooknya.

Dalam media sosialnya itu, Amran yang juga bekas ahli seumur hidup Dap melampirkan sekeping gambar keratan berita, “K’jaan jamin Kg Baru hanya untuk Melayu – Khalid Samad.”

Justeru katanya, jelas PH tidak boleh dipercayai kerana janji-janji manifesto PH seperti mansuh tol, hapus hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan percuma, kos sara hidup lebih rendah dan sebagainya tidak ditunaikan setelah menang PRU-14 lalu.

“Masihkah nak percaya dia bagi jaminan Kampung Baru kekal milik Melayu dan tawaran harga tanah RM850 sekaki persegi yang boleh dianggap penghinaan kepada maruah orang Melayu Kampung Baru?

“Terpulanglah kalau ada yang masih nak percaya pada Pakatan ‘Hancing’ ini,” katanya. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.