Tentera Diperlekehkan… Malangnya Menteri Pertahanan Senyap Dan ‘Terlajak Dayus’, Bidas Puad

BATU PAHAT, 14 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang masih senyap dan ‘terlajak dayus’.

Ini berikutan Presiden Parti Amanah Negara (Pan) itu masih tidak memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan biadap taikun perniagaan, Koon Yew Tin yang mendakwa anggota keselamatan hanya makan dan tidur serta patut bekerja di ladang-ladang Felda.

“Lupakah dia keamanan yang mereka nikmati sekarang sehingga boleh bebas berniaga adalah sumbangan anggota tentera yang menjaga keamanan termasuk menumpaskan pengganas komunis PKM (Parti Komunis Malaya).

“Tahukah Koon, tentera hari ini tetap bertugas menjaga sempadan, perairan, ruang udara dan membuat kerja sukarelawan bila berlaku bencana.

“Malangnya menteri pertahanan senyap dan ‘terlajak dayus’, bidasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru, Puad menyeru semua anggota tentera bersolidariti membantah kenyataan biadap tersebut yang jelas menghina mereka agar tidak menyokong serta mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya menyeru seluruh anggota tentera supaya tidak menyokong Kerajaan PH dan membuat protes senyap dengan tidak mengundi PH di PRU ke 15 nanti,” gesanya.

Untuk rekod, Koon yang berbangga sebagai penyumbang dana kepada parti-parti PH itu juga pernah membuat fitnah kononnya terdapat amalan rasuah dalam pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak di awal pemerintahan Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak.

Begitu juga penyokong kuat Dap itu menuduh Sultan Perak sekarang, Sultan Nazrin Shah telah campur tangan dalam keputusan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membatalkan pelantikannya sebagai ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak pada tahun lalu. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit