Menyaksikan Pertukaran Dokumen Perjanjian
GENTING HIGHLANDS 13 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan pertukaran dokumen pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat tempatan – DSA Development Sdn Bhd dengan tiga (3) syarikat dari dalam dan luar negara dengan nilai pelaburan sebanyak RM 1 billion.
MoU ini ialah berkaitan usaha membangun dan memasarkan ‘Richz Eco Tourism & Golden Age Retirement City’ yang terletak di atas tanah pegangan bebas seluas 41 ekar di Batu 9, jalan lama Gombak-Bentong.
Nilai Pembangunan Kasar (GDV) apabila siap sepenuhnya kelak ialah RM2.3 bilion.