Kes Rogol Exco Dap: Satu Lagi Amalan Pilih Kasih Tommy Thomas?


KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas tidak melengahkan pendakwaan ke atas kes rogol Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong bagi memastikan imej perundangan negara terjaga.

Tegas Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ia juga sekaligus bagi menjernihkan persepsi rakyat terhadap sikap pilih kasih Tommy Thomas sebagaimana kes-kes sebelum ini yang terkait dengan pimpinan kerajaan dan Dap.

“Sejak awal lagi persepsi berkeliaran mengenai amalan pilih kasih dalam kes ini apabila Paul Yong tidak direman namun kini siasatannya sudah sempurna dan diserahkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara, Tommy Thomas sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara pada 23 Julai 2019 lalu.

“Kes ini sangat perlu disegerakan kerana ia mendapat perhatian masyarakat antarabangsa khususnya negara jiran kita, Indonesia, selaku negara asal pembantu rumah itu,” katanya dalam satu kenyataan di mana Pemuda UMNO Malaysia mengikuti rapat perkembangan kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia oleh pemimpin Dap Perak itu.

Tambah Dr Asyraf lagi, Pemuda UMNO juga merasa hairan mengapa Paul Yong belum dihadapkan ke mahkamah sedangkan kes ini berlaku pada 7 Julai, lebih awal daripada satu lagi kes yang serupa iaitu kes cabul membabitkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Melaka, Ma’on @ Yunus Abu Samah, yang berlaku pada 15 Julai.

“Jika Ma’on, yang kesnya lebih ringan dan lebih lewat, tetapi ditahan reman empat hari berbanding Paul Yong yang tidak direman, telah didakwa dua hari lalu maka mengapa pula Paul Yong yang kesnya lebih berat dan lebih awal, masih belum didakwa?!

“Apakah kerana Paul Yong seorang pemimpin Dap manakala Ma’on seorang rakyat biasa maka Paul Yong wajar diberikan layanan lebih istimewa?

“Atau apakah kerana Paul Yong seorang Exco Kerajaan Negeri Perak manakala Ma’on hanya seorang Pengerusi MPKK di Melaka maka Ma’on lebih cepat didakwa?,” soalnya.

Bidas Dr Asyraf juga, tidak dapat tidak persepsi sebegitu akan terus berleluasa selepas Peguam Negara sebelum ini bertindak menggugurkan pendakwaan kes rasuah pemimpin Dap Lim Guan Eng dan beberapa kes berprofil tinggi membabitkan pimpinan Pakatan Harapan. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.