MT UMNO Terima Sebulat Suara Piagam Kerjasama Politik Dengan PAS, Tolak 100 Peratus Dap – Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini sebulat suara menerima kerjasama dengan PAS yang berlandaskan Taawun Siyasi dan majlis tandatangan piagam kerjasama berkenaan akan dimaklumkan esok.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Setiausaha Agung UMNO dan PAS akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara berkenaan berhubung tarikh dan perkara yang berkaitan dengan piagam berkenaan.

“Majlis Tertinggi mengambil keputusan kerjasama dengan PAS telah diterima sebulat suara ahli MT dan Setiausaha Agung UMNO dan PAS akan membuat kenyataan bersama esok untuk memaklumkan kepada khalayak umum tentang tarikh dan tandatangan piagam Taawun Siyasi itu.

“Ekoran itu kita amat menghargai iltizam dan komitmen pihak PAS yang mahu menterjemahkan pelaksanaan kepada piagam ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Turut serta Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan pimpinan yang lain.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid seterusnya menegaskan MT juga telah memuktamadkan bahawa hanya presiden parti yang diberikan mandat untuk mewakili UMNO jika terdapat mana-mana pihak daripada luar yang ingin mengadakan sebarang kerjasama.

“Jika ada pihak-pihak di luar UMNO dan PAS serta BN yang menjemput untuk mengadakan perbincangan dalam apa juga bentuk kerjasama politik, hanya presiden sahaja yang mewakili UMNO dan tidak ada tokoh-tokoh atau individu lain yang diberikan mandat untuk mewakili parti.

“Kita juga mengambil keputusan bahawa sebarang perbincangan atau perundingan mesti mematuhi apa yang telah dimuktamadkan oleh MT. Kita juga tidak akan mengadakan sebarang perundingan dengan mana-mana parti terutama parti-parti yang menganggotai Pakatan Harapan (PH) selagi mereka berkongsi kuasa politik dengan Dap dan UMNO menolak sebarang kerjasama dengan Dap,” tambahnya.

Tambahnya lagi selagi mana-mana parti bekerjasama dengan Dap, UMNO tutup pintu untuk sebarang perundingan namun sekadar untuk berbincang dan mendengar pandangan pihaknya sedia berbincang tetapi untuk sebarang kerjasama parti tutup pintu kerana menolak Dap 100 peratus. -MediaUMNO

Recent Posts

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

2 jam lalu ago

Tolak Retorik Pembangkang… PRN Johor Peluang Rakyat Stabilkan Kerajaan Negeri – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat kenyataan bekas…

8 jam lalu ago

PRN Johor: MB Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

PONTIAN, 29 Jan - Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding…

10 jam lalu ago

Adakan Pilihan Raya Negeri Selari Dengan Aspirasi Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Jan - Tindakan kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan…

10 jam lalu ago