PH Bawa Negara Ke Mata Dunia, Bukan Kisah Kejayaan Tapi Isu Moral Pemimpinnya….
KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) berjaya membawa nama negara ke mata dunia, kata Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.
Tetapi ianya bukan cerita kejayaan tapi sarat dengan isu-isu moral, sinis Zahida dalam satu lontaran di Facebook.
Zahida berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar arus perdana di mana kerajaan Indonesia akan membantu kos guaman warganya yang menjadi mangsa rogol dan kini trauma ekoran kes seorang Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa merogol pembantu rumahnya yang berasal dari negara jiran itu.
Zahida turut melahirkan perasaan kecewa kerana mangsa tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan PH.
“Malang sungguh mangsa rogol ini tidak dapat pembelaan sepatutnya.
“Ia menjadi kebimbangan kepada ramai wanita bila mana suspek rogol mudah bebas begitu sahaja,” tegasnya.
Dalam isu yang sama Zahida turut membidas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah yang tidak bertegas apabila melibatkan kes pemimpin PH.
“Pada 3 Julai TPM Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita boleh arah rumah pengasuh tutup selepas berlaku kes rogol anak asuhan.
“Tapi untuk kes melibatkan Exco Dap daripada Perak ni nampak seolah-seolah kerajaan berdiam diri.
“Kenapa ya? Kalau kawan-kawan boleh ‘kautim’ ya?,” soalnya lagi. – MediaUMNO