Zahid Dan Pengurusan Parti Kunjungi Ku Li, Bincang Gerak Kerja Parti

KUALA LUMPUR 11 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan pengurusan parti mengunjungi Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tengah hari tadi bagi membincangkan pelbagai perkara untuk memastikan parti terus utuh dan berwibawa.

Hadir sama Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Turut hadir di kediaman Ku Li itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan.

Pertemuan yang berlangsung lebih tiga jam itu turut membincangkan mengenai isu-isu semasa.

Pada 27 Julai tahun lalu, UMNO menubuhkan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit