Surat Akuan Sumpah Sokong Anwar Ibrahim Palsu, Fitnah Jahat – Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Julai –  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dengan tegas menafikan beliau menandatangani surat akuan sumpah menyokong YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Merujuk surat akuan sumpah menyokong YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang tersebar luas ketika ini dengan tegas saya menafikannya.

“Saya tidak menandatangani surat berkenaan. Ini merupakan fitnah jahat yang dilakukan oleh mereka yang terdesak dan tidak bertanggungjawab bagi merosakkan diri saya selaku Presiden UMNO”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru beliau menyatakan dengan tegas semua keputusan besar dan pendirian UMNO akan dibuat secara berpasukan bukan oleh beliau secara individu. -MediaUMNO

Recent Posts

Jangan Biarkan Budaya Lompat Parti Terus Menular – Norshida

KUALA LUMPUR, 28 Jan - Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata fenomena lompat…

2 jam lalu ago

Malaysia Selaras Pelan Strategik Untuk NCD Dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO

KUALA LUMPUR, 27 Jan - Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)…

3 jam lalu ago

Bersatu Tebrau Akhirnya Terkubur, Bukti Perpecahan Yang Tidak Berkesudahan

TEBRAU, 28 Jan - Pengumuman perletakan jawatan Mazlan Bujang sebagai Ketua Bersatu (PPBM) Tebrau serta…

3 jam lalu ago

Guru, Kakitangan Kemas Boleh Berpolitik Tapi Jangan Sampai Abai Tugas Hakiki

IPOH, 28 Jan - Guru dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) boleh berpolitik tetapi mereka…

4 jam lalu ago

Zahid Sifatkan ‘Maruah’ Keluar Parti Ibarat ‘Tepuk Air Di Dulang Terkena Muka Sendiri’

https://www.youtube.com/watch?v=E1kmMVMOtZI KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pepatah ‘menepuk air di dulang terkena muka sendiri’ perumpamaan…

4 jam lalu ago