Patriot! “Takkan Masa Itu Ianya Kerajaan Dap Yang Melawan Komunis?” Soal Najib

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menempelak sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Patriot yang memutar-belit ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli pada hujung minggu lalu.

Bidas Najib dalam Facebook, Patriot menggunakan sebaris ayat yang disalahertikan dari ucapannya untuk mengecamnya.

“Semangat perjuangan dan semangat melawan itu banyak makna. Tak bermaksud angkat senjata untuk lawan dalam perang sahaja.

“Oleh itu, jangan memutar-belitkan kenyataan saya. Tonton dan dengar sendiri,” katanya yang turut melampirkan sedutan video ucapannya untuk dinilai.

Dalam ucapannya Najib ada berkata: “…bila kita dah lawan British kita menang dapat kemerdekaan tertumbangnya Malayan Union, puak-puak Komunis itupun kita (UMNO) lawan bukan? kita lawan… konfrontasi (Malaysia-Indonesia) kita lawan…”

Tetapi kata-kata Najib itu dimanipulasi oleh Patriot, sebuah NGO yang ditubuhkan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) serta mendakwa mewakili pesara tentera walaupun hanya mempunyai beberapa ahli sahaja, melalui Presidennya Mohamed Arshad Raji dengan kecaman:

“Anggota keselamatan yang berkhidmat di era pemberontakan komunis dengan mudah boleh sahkan mereka tidak pernah nampak seorang pun ahli UMNO galas 30 kilo barang dan senjata, dengan senapang di tangan, bergerak di hutan Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak, menggadai nyawa dari terpijak jerangkap samar demi memburu pemberontak komunis.”

Bahkan, ada juga yang membuat dakyah tiada rekod UMNO mengalahkan komunis.

Jelas Najib yang juga bekas Perdana Menteri, rakyat tidak pernah lupa jasa dan bakti wira-wira pasukan keselamatan negara yang melawan komunis pada zaman darurat dahulu.

“Saya dan seluruh negara berhutang budi kepada mereka untuk selama-lamanya. Jelas dalam klip ucapan ini bahawa saya tak pernah kata ahli UMNO angkat senjata untuk lawan ataupun mengalahkan pihak komunis.

“Pada ayat yang sama itu, saya juga kata UMNO lawan British atas isu Malaysia Union dan konfrontasi dengan Indonesia masa itu atas semangat perjuangan.

“Kenapa tak tuduh saya juga bahawa ahli UMNO angkat senjata untuk melawan British?” soalnya lagi.

Tetapi, hakikatnya memang benar bahawa ianya dasar dari kerajaan UMNO dan Barisan Nasional untuk melawan komunis pada masa darurat tersebut.

“Takkan masa itu ianya kerajaan Dap yang melawan komunis?” Tanya Najib. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.