“Tinggalkanlah Perjuangan Kalau Semata-mata Kerana Individu” – Najib


KUALA LUMPUR, 20 Jun – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam hantaran di Facebooknya dengan tegas memberi beberapa pesanan dan peringatan kepada ahli-ahli parti.

“Tinggalkanlah perjuangan kalau semata-mata kerana individu. Lupakanlah persengketaan sesama kita.

“Hapuskanlah keangkuhan yang hanya akan membawa padah. Hentikanlah perbalahan yang tidak membawa manfaatnya.

“Itulah tanggungjawab kita sebagai ahli UMNO,” pesannya lagi yang turut mengucapkan selamat bersidang buat semua perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Bahagian di seluruh negara.

Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan turut berkata perpaduan ummah kini menjadi hala tuju parti.

“Perpaduan Ummah pula adalah hala tuju kita sebagai parti UMNO.

“Amalkan sikap keterbukaan dan alu-alukan kehadiran pemimpin PAS bersama-sama kita,” ujarnya.

Najib juga yakin semua ahli UMNO yang masih kekal setia bersama parti akan meneruskan bahtera.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian-bahagian baharu sahaja bermula, dari 15 Jun lalu hingga 15 Ogos nanti dan difahamkan terdapat beberapa Bahagian dijadualkan akan dirasmikan oleh Najib atau kini yang popular dengan gelaran ‘Bossku’. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.