Berat Sebelah, Salah Laku Integriti… Tommy Thomas Selayaknya Digugurkan – Tengku Haphiz


HULU TERENGGANU, 17 Jun – Pemuda UMNO Terengganu menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa Tommy Thomas supaya meletakkan jawatan atau dipecat.

Kata Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera, ini kerana sikap dan tindakan Tommy yang sentiasa berat sebelah terutama terhadap kes berprofil tinggi seperti rasuah Lim Guan Eng yang digugurkan serta-merta, campur tangan jahat di dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Adib dan melakukan tindakan ataupun nasihat yang salah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja di dalam isu ratifikasi Statut Rom.

“Sebagai pengamal undang-undang, beliau sepatutnya mendisplinkan diri untuk tidak terjerumus dengan salah laku integriti seperti berdansa di parti keraian dan menyetujui dengan Siti Kasim yang bersikap biadap terhadap orang awam dengan menggugurkan kes tersebut yang sepatutnya dibicarakan telus di mahkamah.

“Maka, tiada lagi alasan pihak kerajaan dan perdana menteri untuk tidak menggugurkan beliau di sebabkan sepuluh ‘dosa besar’ yang telah dilakukan seperti yang disebut oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki,” tegasnya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, kewajaran ini juga berlandaskan janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya sentiasa menjunjung integriti dan amanah serta menolak kleptrokrasi berlaku di dalam kerajaan sepenggal PH. – Media UMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit