UMNO Terus Relevan, Pasti Akan Bangkit Kembali Dengan Sokongan Akar Umbi – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 9 Mei – UMNO adalah sebuah wadah perjuangan yang tiada titik noktahnya dari mula penubuhan parti keramat ini sehinggalah ke hari ini, malah ia merupakan sebuah parti terbesar yang membela rakyat, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan.

Katanya, walaupun UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan akan menyambut ulang tahun UMNO kali kedua sebagai pembangkang, namun perjuangan ahli-ahli parti terus kekal relevan.

“Kekalahan lalu tidak mematahkan semangat UMNO untuk kembali menerajui negara ini. Kita fahami dan hayati idealisme parti, biar apapun dugaan, badai yang melanda dalam perjuangan ini, insya-Allah … UMNO pasti bangkit kembali jika kesinambungan perjuangan.


“Sempena ulang tahun penubuhan UMNO yang ke-73 tahun, ahli-ahli UMNO haruslah menghayati dan memahami perjuangan parti bagi memastikan UMNO terus relevan,” katanya kepada UMNO Online.

Tambahnya lagi, UMNO adalah sebuah parti perjuangan yang cukup jelas dan mempunyai agenda-agenda untuk membangunkan untung nasib dan kebajikan orang-orang Melayu.

Dalam keadaan konsep politik negara yang berubah-ubah, UMNO sering dituduh, difitnah, dikeji dengan pelbagai tohmahan oleh Pakatan Harapan (PH), namun UMNO mampu membuktikan bahawa akar umbi akan tetap bersama berjuang bersama-sama parti, ujarnya. – MediaUMNO

Recent Posts

Banyak Perkara Boleh Dipelajari Dari PRN Melaka, Rakyat Mahu Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Mereka yang tidak keluar untuk membuang undi dalam mana-mana pilihan…

3 jam lalu ago

Undi18: Pendaftaran Automatik Berkuat Kuasa 15 Dis

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah…

5 jam lalu ago