Bolehkah Menteri Pendidikan Jadi Lebih ‘Genius’ Sepadan Dengan Portfolio?


KUALA LUMPUR, 17 April – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyarankan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik agar lebih genius sesuai dengan portfolio yang dipegangnya.

Wee, dalam catatan di Facebooknya turut bersama rakyat merasa hairan mengapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terlalu taksub menukar nama bagi sesuatu program atau dasar yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Tindakan dan keputusan PH ini dilihat tidak dibuat secara teliti dan menyeluruh termasuk mengambilkira implikasi kewangan.

“Tidakkah dengan menukar nama ini akan melibatkan kos seperti pakaian pelajar, papan tanda dan lain-lain kos penjenamaan semula?

“Eh, bukankah kerajaan PH sekarang sedang berjimat cermat?” soalnya lagi.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu lagi ramai rakyat mempertikaikan penggunaan bahasa yang dijenamakan semua menteri pendidikan itu.

“Tidakkah nama PERMATA itu lebih baik? Ia juga secocok dengan tema mereka iaitu “Setiap anak PERMATA negara.

“Sekarang sudah tukar, ia akan disebut, ‘setiap anak GENIUS negara’. Tak rasa pelik ke?” bidasnya.

Selain itu, ia juga membuktikan bahawa segala tuduhan dan persepsi yang dilemparkan selama ini terhadap BN adalah tidak berasas, malah ianya sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat, tegasnya lagi. – Media UMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit