Hatrik PRK Saksi BN Kembali Mendapat Sentuhan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 April – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Datuk Shaari berkata, kemenangan demi kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam seri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan adalah gambaran bahawa BN sudah mendapat kembali sentuhan kekuatan setelah rebah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Jelas beliau, BN tidak perlu agenda menabur janji seperti Pakatan Harapan (PH) yang ketandusan dalam melaksanakan manifesto yang masih menghantui gabungan tersebut.

“Apa yang kita pelajari dari siri kemenangan ini adalah BN telah kembali mendapat sentuhan rakyat. BN juga kembali mendapat sokongan total penjawat awam pada sesi pengundian awal.

“Sokongan bukan Melayu juga menggalakkan di Rantau. Ditambah pula bantuan parti Pas maka rakyat kembali mempercayai BN.

“Maka, Ayuh! Jangan lagi berbalah soal jawatan kerana sokongan rakyat sudah kembali kepada kita… Terima kasih Rantau,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Tambah Azhari, apa yang menarik dengan kemenangan ini adalah kisah kempen pilihanraya yang menyaksikan PH menurunkan pemimpin-pemimpin hebat mereka sama ada dari PKR, Dap, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah namuna sehebat mana mereka berkempen, rakyat lebih bijak memilih.

“Pemimpin paling sesuai untuk mewakili suara rakyat adalah anak Rantau dan bukannya Perantau yang baru tiga tahun ‘membius’ penduduk tempatan dengan kehadirannya,” bidas beliau.

Semalam, calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan diumumkan memenangi PRK Rantau dengan memperoleh 10,397 undi menewaskan calon dari PH Dr S Streram dengan 5,887 undi dan dua calon Bebas iaitu R. Malar Vizhi 83 undi dan Mohd Nor Yasin 79 undi.

Majoriti yang diperoleh Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN adalah sebanyak 4,510 undi. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.