Perasmian Serentak & Taklimat Mesyuarat Agung UMNO Cawangan-Cawangan Bahagian Jerlun
JERLUN 21 Feb–Ahli-ahli UMNO yang hadir pada Perasmian Serentak & Taklimat Mesyuarat Agung UMNO Cawangan-Cawangan Bahagian Jerlun dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah di pejabat UMNO Bahagian Jerlun di sini hari ini. Turut hadir Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dato’ Suraya Yaakob, Ketua UMNO Bahagian Jerlun merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Dato’ Wira Othman Bin Aziz, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Ahmad Azhar Bin Abdullah, Naib Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Tuan Hj Yusof Bin Yaakob dan Ketua2 Sayap serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian 4 Peringkat.