Janji PH Nampak ‘Madu’ Tetapi Sebenarnya ‘Racun’… Luahan Peniaga Di Semenyih

SEMENYIH, 22 Feb – Seorang peniaga pasar malam, Ahmad Sufian, 25, mengingatkan pengundi agar membuat pilihan terbaik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih 2 Mac depan.

Ingatan beliau secara ikhlas itu agar tidak lagi tersalah pilih kerana gara-gara termakan dengan ‘madu’ hari ini semua dapat merasai dan dapat melihat ‘madu’ yang ditawarkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) menjadi sebaliknya.

“Kerajaan baru dengan kerajaan yang kita lalui sebelum ini amat berbeza sebab dalam tempoh tiga hingga empat bulan sesak sikit perbelanjaan. Sebelum ini kita tidak fikir sangat. Sebelum dan selepas (kerajaan bertukar) cukup berbeza dengan kos barang-barang naik dan pelanggan ‘complaint’ barang naik dan kalau harga sama pun tetapi barang kecil.

“Harga saya tetapkan harga biasa sebab tidak mahu pelanggan lari. Kalau barang naik dan kita naikkan harga nanti pelanggan lari… nak jaga hati pelanggan namun itu kita yang tanggung. Sebab kita peniaga… turun naik (harga barang) kita yang tanggung. Memang balik geleng kepala tetapi itu adalah rezeki Allah… kita dah tawakal, redha… Allah swt tetapkan rezeki kita hari itu,” katanya kepada UMNO-online, di sini, semalam.

Beliau yang berniaga kepak ayam dan beberapa menu makanan lain di sekitar Pasar Malam Semenyih seterusnya melahirkan rasa kekecewaan terhadap kerajaan baru kerana apa yang dijanjikan tidak ditunaikan sepenuhnya.

“Kerajaan baru ini kita rasa memang kecewa sebab apa yang dijanjikan tidak ditepati. Janji manis-manis mulut sahaja. Kalau mulut itu ada ‘madu’ apa yang dijanjikan pun orang akan percaya namun ‘racun’ yang orang tidak nampak. ‘Madu’ tu orang nampak tetapi ‘racun’ tidak nampak sebenarnya. ‘Madu’ yang diambil sebenarnya ‘racun’ yang dia dapat.

“Pengundi yang akan datang ini buatlah pilihan dengan betul dan kalau boleh sebelum itu tenangkan diri, solat hajat dan istikharah minta pada Allah mana yang terbaik untuk kita sebab janji Allah itu pasti dan tidak pernah mungkir janji. Selepas itu buatlah keputusan terbaik,” nasihatnya kepada para pengundi.

Dilaporkan, terbaru calon PH di PRK ini Muhammad Aiman Zainali telah berjanji bahawa jika PH menang PRK DUN Semenyih pada 2 Mac ini, keesokannya juga masalah penduduk akan cuba diselesaikan.

Muhammad Aiman membuat janji sedemikian di hadapan kira-kira 150 penduduk Batu 26, Beranang di sini malam tadi. MediaUMNO

**********

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.