Kerajaan PH Hanya Pandai Janji Kosong, Pengundi Semenyih Sudah Serik


SEMENYIH, 19 Feb – “Masalah plastik 20 sen pun dia tak boleh selesai, habis macam mana dia nak selesai masalah lain. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ni kosong, satu benda pun tak ada apa,” ujar Hamjad Harun, 66.

Hamjad merupakan seorang peniaga dan pengundi di Semenyih ternyata kecewa dengan kerajaan pimpinan PH yang hanya tahu berjanji kosong.

“Sudahlah banyak imbuhan yang diberikan kerajaan dulu sekarang satu apa pun tak dapat. Sekarang calon PH janji nak bina hospital… hospital dah tengah bina dah… mereka ni janji nak sedapkan hati rakyat je… macam dulu janji kalau hari ini menang esok tol free tapi sayangnya janji tak serupa bikin… kata tak dikota. Rakyat sekarang dah cerdik,” tegas beliau.

Bagi Sahab Ramli, 58, yang juga pengundi di sini memaklumkan, sejak PH memegang tampuk pimpinan negara, tiada apa yang telah mereka laksanakan.

“Mungkin pada kerajaan baru ini tempoh sembilan bulan terlalu singkat sangat. Jadi mereka tak sempat untuk nak buat apapun.

“Bagi saya PH hanya pandai berjanji… tak boleh percaya. Kalau orang bercakap bohong, takkan kita masih nak percaya… nak pertahankan,” bidasnya.

Rohana Kassim, 28, pekerja swasta turut mengakui kehidupan sekarang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Saya berani cakap saya ni salah seorang yang mengundi PH dulu tapi sekarang saya sedar sudah tertipu. Saya ingat bila PH memerintah harga barang akan turun tapi bila SST (Cukai Jualan Dan Perkhidmatan) dibuat, barang makin mahal,” luahnya.

Mohd Rasul Amin, 45, seorang peniaga juga kecewa dengan pentadbiran PH.

“Dulu saya ingat mereka bagus, rupanya lagi teruk dari BN. Dekat Semenyih ini, tol masih ada… sudahlah nak ke sini kena lalu banyak tol… ingatkan tol akan hapus… rupanya tidak,” katanya. – MediaUMNO

—- —– —— ——-
Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.