PRK Semenyih: Kempen BN Positif, Penduduk Tidak Kekok Bersama Zakaria

SEMENYIH, 18 Feb – Kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sepanjang tiga hari selepas proses penamaan calon pada Sabtu lalu mula menampakkan suasana yang cukup positif dengan pelbagai kelompok masyarakat tidak kekok menyambut kehadiran Zakaria Hanafi yang turun berjumpa mereka.

Tinjauan UMNO-Online hari ini yang mengikuti secara dekat kempen Zakaria di Ulu Semenyih dan beberapa kawasan lain mendapati penduduk tidak segan silu untuk bersama-sama calon terbabit.

Zakaria turun berkempen di sekitar kedai makan dan bertemu dengan ibu bapa yang menjemput anak-anak sekolah mengambil peluang bersembang dan merayu penduduk setempat agar membuat pilihan tepat dengan mengundi BN pada 2 Mac nanti.

Bagi Zakaria, penerimaan dan sambutan daripada akar umbi serta penduduk kawasan sekitar cukup memberangsangkan malah senario tersebut akan meningkatkan lagi semangatnya untuk terus bergerak bersama dengan jentera parti.

“Nampaknya sokongan dan penerimaan di beberapa kawasan yang saya pergi Alhamdulillah… mereka berbesar hati nampak calon datang dan mereka sendiri yakin BN akan mencapai kemenangan, tetapi sama-sama kena kerja kuatlah,” katanya yang banyak memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan.

Zakaria seterusnya menambah, pelbagai janji boleh dibuat sepanjang kempen tetapi apa yang penting adalah pelaksanaan serta perlu dibuktikan dan bukannya sekadar membuat janji baru. – MediaUMNO


—– ——— ————

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.