Takiyuddin Sahkan Perjumpaan Hadi Bersama Tun M Tidak Sentuh Isu PRK – Tajuddin


SEMENYIH, 17 Feb – “Saya tanya sendiri kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin… dia sahkan perjumpaan bersama Tun M (Mahathir Mohamad) tidak langsung membincangkan soal PRK Semenyih,” ujar Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Jelas beliau, Tun M sebenarnya desperado untuk memenangkan calon Pakatan Harapan (PH) di PRK Semenyih ini.

“Menurut Takiyuddin, perjumpaan itu (Tun bersama Presiden Pas) bincang pasal keanggotaan majlis tindakan ekonomi yang tidak ada wakil dari kerajaan negeri Kelantan… Pas minta berjumpa dengan Tun untuk bincang pasal perkara ini dah lama… bukan baru ini. Tapi Tun nak main politik… ehhh… dalam masa nak PRK Semenyih ni pula baru dia bagi temujanji,” ujar beliau kepada media selepas program sembang santai bersama jentera Wanita di Pusat Daerah Mengundi Bukit Mahkota 1.

Tambah Tajuddin, tindakan Tun M ini hanyalah untuk memecah-belahkan kerjasama antara UMNO dan Pas.

“Tunggula nanti… Haji Hadi akan sepentas bersama Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden Datuk Mohamad Hasan dalam kempen ini nanti,” katanya lagi.

Tun M sebelum ini mendakwa Pas tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih, berdasarkan pertemuannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.